,
Hiburan

Bakal Isteri Hans Isaac Kemuka Saman Fitnah Terhadap Bekas Kekasih?

Fiza Kamarudin
01/03/2017
17:58 MYT
Bakal isteri kepada pelakon, pengarah dan penerbit Datuk Hans Isaac, Gabriella Robinson mengemukan saman fitnah terhadap bekas kekasihnya, Robin Coenrad.
Perkara tersebut telah didedahkan Robin menerusi akaun sosial Facebook (FB)nya, kira-kira pukul 11 malam tadi (Rabu) dengan memuat naik surat saman yang diterimanya daripada Gabriella.
Menerusi surat yang dihantar kepadanya, Gabriella telah menyatakan beberapa dakwaan Robin yang berunsur fitnah.
Robin bagaimanapun telah memadam surat tersebut daripada akaun FBnya, beberapa jam kemudian.
Terdahulu, Robin menerusi salah sebuah entri di FB mendakwa dia merupakan teman lelaki Gabriella dan masih bersama bekas ratu cantik itu ketika Hans melamarnya sebulan yang lalu.
Robin turut meluahkan kekecewaanya sejurus mendapat tahu berita perkahwinan wanita itu bersama Hans semalam, dan mendakwa Gabriella baru sahaja meluangkan masa bersamanya beberapa hari lalu.
Gabriella juga dikatakan telah menipu Robin ketika kunjungannya ke Singapura asih betempoh hari. Malah dalam posting itu juga, Robin tertanya-tanya jika Hans mengetahui kewujudannya sebagai teman lelaki Gabriella ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta sejak setahun lalu.
Sementara itu, Hans telah tampil membela bakal isterinya menerusi sebuah kenyataan di Instagram dan FB.
Hans Isaac menjelaskan bahawa hubungan bekas kekasih bakal isterinya itu telah pun berkahir bertahun lamanya malah tindakan lelaki berkenaan seolah oleh ingin menjatuhkan maruah wanita yang bakal menjadi permaisuri hidupnya itu.
Walau apapun, diharapkan perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.