,
Hiburan

Bakal Duduki SPM, Ben Ladin Tak Mahu Tertekan Kerana...

Asraf Aided
07/11/2018
23:30 MYT
Penyanyi remaja, Ben Ladin, 17, bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
Peperiksaan itu akan bermula bulan ini pada 13 haribulan dan akan berakhir pada 13 Disember.
Menurut Ben, dia sedang berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang namun dia tidak mahu berasa tertekan dan cuba mengulang kaji dengan cara yang lebih santai.
"Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
"Dalam pada itu, saya selalu mengingatkan diri saya agar tidak terlalu memikirkan tentang keputusan, apa yang penting saya sudah berusaha.
"Saya lebih selesa mengulang kaji dalam keadaan yang lebih santai supaya saya tidak stress, saya tak suka beri tekanan pada diri sendiri," kata Ben kepada Gempak.
Ben telah mengikuti pembelajaran di rumah atau 'home school' sejak dia berusia 13 tahun.
Single Hikayat Benladin telah menerima 16 juta tontonan di YouTube selepas 3 bulan dilancarkan, lagu ini digemari ramai terutamanya golongan remaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Ya Kahwin Di Usia 23 Tahun & Saya Pilih Dia Sebagai Isteri Selamanya,” - Ben Ladin

gempak
15/07/2024
08:25 MYT
Penyanyi, Ben Ladin mempunyai sebab tersendiri tidak menghebahkan berita mengenai perkahwinannya bersama isteri yang dikenali sebagai Anna.
Berita

Tersangkut Dalam Lif Hampir Setengah Jam, Ben Ladin Panik - "Tak Kelakar Ya Guys, Sorang-Sorang"

gempak
18/09/2020
07:05 MYT
Ben Ladin menunggu bantuan lebih 20 minit ketika tersekat dalam lif
Berita

Ben Ladin Mula Belajar Tulis Lagu Rap Sendiri, Tak Mahu Guna Khidmat Malique Lagi Ke?

gempak
18/03/2020
09:28 MYT
Hiburan

"Bukan Tak Nak Sambung Belajar, Tapi ..." - Ben Ladin

gempak
31/01/2019
07:07 MYT
Viral

"Patutlah Lagu Meletup, Sebab Sifat Rendah Diri Dan Beradab" - PU Amin Puji Ben Ladin

gempak
01/11/2018
05:00 MYT