,
Laman Utama

Bakal Cikgu Handsome Ini 'Bertapa' 10 Jam Dalam Studio - "Nafas Semput Sebab Baru Sembuh COVID-19"

Amri Hassan
11/12/2021
11:50 MYT
Berada di dalam studio rakaman selama 10 jam merupakan antara pengalaman baharu yang dilalui oleh penyanyi Aliff Iskandar ketika merakamkan lagu Takdir pertengahan tahun ini.
Ketika itu keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan baru sahaja pulih daripada jangkitan Covid-19 dan menyebabkan dia perlu mengambil masa sedikit lama berbanding kebiasaan.
"Memang waktu itu keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya tapi saya perlu merakamkan lagu ini. Sebenarnya keadaan kesihatan saya baik-baik sahaja tetapi pernafasan sedikit terganggu membuatkan proses rakaman menjadi lama.
"Tapi keadaan tersebut tidak memberikan kesan kepada hasil rakaman dan saya gembira dapat melunaskan tanggungjawab merakamkan lagu Takdir. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang," katanya yang masih menuntut dalam jurusan muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur ini.
Tambah pemilik nama sebenar Nor Aliff Iskandar Norazmi , 21, itu lagi, dia beruntung apabila banyak dibantu oleh penerbit lagu ini, Rudy Nastia sepanjang proses rakaman berlangsung.
Lagu Takdir merupakan lagu hasil ciptaannya sendiri mana kala lirik pula merupakan tulisannya juga bersama dengan Jaja Ishak. Lagu yang berkisahkan tentang hubungan cinta yang tidak kesampaian.
"Apabila menulis lirik Takdir pada peringkat awal, saya membayangkan sebuah perhubungan. Adakah hubungan itu berakhir dengan kegembiraan atau pun sebaliknya.
"Semua orang mampu merecanakan hubungan apa yang mereka mahukan tetapi pada akhirnya takdir juga yang akan menentukan ke mana hubungan tersebut berjalan," jelas calon top 20 kategori BBNU Meletop sempena Anugerah Meletop Era 2021 itu lagi.
Menariknya, lagu ini juga akan dijadikan runut bunyi untuk sebuah drama tempatan yang akan ditayangkan bermula 20 Disember ini.
Dia bersama Jaja Ishak membuat beberapa pindaan bagi menyesuaikan dengan jalan cerita drama tersebut namun tidak jauh tersasar daripada kisah asal seperti yang dibayangkan.
"Memang saya bersyukur apabila lagu ini dipilih untuk menjadi runut bunyi bagi drama berkenaan. Sebagai orang baharu, saya gembira apabila pihak produksi percaya kepada bakat dan hasil kerja. Ini memang pengalaman yang manis untuk penyanyi seperti saya," kata Aliff yang popular dengan lagu PERIT sebelum ini.
Pembikinan video muzik (MV) Takdir turut dibintangi oleh pelakon Intan Najuwa dan Haridz Suhaile yang juga merupakan salah seorang bakat baharu yang sedang meningkat naik.
Untuk rekod, Takdir merupakan terbitan Jaja Ishak Channel dengan kerjasama Indigital Music dan Alternate Records. Lagu ini sudah boleh didengari di semua platform digital dan muzik video Takdir boleh ditonton melalui Youtube Indigital Music mulai 9 Disember 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

gempak
08/10/2024
11:55 MYT
Aktor dan hos terkenal Indonesia, Baim Wong mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven, seperti maklumat yang tular di media sosial sebelum ini.
Hiburan

Kongsi Foto Hitam Putih, Kapsyen ‘Mahu Pergi Jauh’… Aweera Cetus Tanda Tanya Peminat- “Ni Yang Aku Seram Ni”

gempak
08/10/2024
04:55 MYT
Penyanyi Aweera mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

gempak
08/10/2024
03:55 MYT
Bekas kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik hantaran menyatakan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap satu pihak.
Viral

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

gempak
06/10/2024
09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
BorakSeeni