,
Laman Utama

Bakal Berhijrah Ke Makkah, Zul Ariffin - "Saya Akan Menetap Di Sana Tetapi..."

Mya Amri
23/09/2022
02:10 MYT
Pelakon Zul Ariffin merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab sekitar awal tahun depan.
Menurut Zul, penghijrahan itu adalah bertujuan untuk menguruskan perniagaan.
“Saya merancang untuk berhijrah ke sana kemungkinan pada Januari tahun depan. Sekarang dalam proses nak cari rumah dan lock semuanya. Saya akan tinggal di Makkah.
“Saya serius, berhijrah ke sana atas urusan kerja dan perniagaan. Saya akan tinggal di sana tetapi saya tetap kembali ke Malaysia," katanya.
Zul ditemui selepas majlis pelancaran filem seram terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis bertempat di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah Zul lagi sekiranya tiada halangan dan semua berjalan dengan lancar, perniagaan mesin layan diri (vending machine) yang diusahakan itu akan beroperasi pada Januari depan.
“I’m travelling a lot, saya akan ke New York November ini untuk berbincang mengenai kerja kerana pada bulan Januari perniagaan itu akan memulakan operasinya.
“Untuk perniagaan ini, saya bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Singapura. Bagi saya ini adalah satu peluang.
“Tak tahu nak cakap perancangan perniagaan itu bermula bila kerana semuanya terjadi dengan begitu pantas," jelasnya.
Ditanya sama ada Zul akan terus menetap di sana atau tidak, aktor ini berkata dia akan berulang-alik dari Makkah ke Malaysia untuk kerjaya lakonannya.
“Menetap di sana bukan selamanya, saya harus berulang alik, memang akan chaos tetapi tidak mengapa.
“Saya tidak memperlahankan kerjaya tetapi saya perlu memilih tawaran dengan lebih teliti. Saya masih lagi ada beberapa projek selepas ini.
“Sejujurnya teruja, bagi saya ia adalah perkara yang sihat. Saya rasa sekarang kalau saya tinggal lama sangat pun tidak bagus.
“Kita kalau tiada benda nak buat jadi tak produktif, lebih baik penat produktif daripada tidak dan sekarang filem juga dapat kutipan yang bagus
“Pawagam pun sudah kembali dibuka selepas COVID dan ramai yang datang menonton filem sebagai tanda sokongan.
“Kalau anda lihat sekarang filem-filem juga banyak menaikkan pelakon, tiba-tiba pelakon bertambah ramai. Jadi ini merupakan satu persaingan yang sihat dan menyeronokkan, rugilah kalau saya perlahankan kerjaya seni," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zul akan muncul menerusi naskhah filem seram terbaharu berjudul Tablis Iblis.
Filem ini merupakan terbitan gabungan penerbit terhebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MME Entertainment.
Selain Zul, naskhah ini juga dibintangi oleh Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah.
Tablis Iblis akan menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober depan.
Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu.
Filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.
‘Talbis Iblis’ yang membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini.
Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

“Dia Rasa Dia Boleh Buat, Tapi Bila Masuk Set…”- Zul Ariffin Sependapat Dengan Ruzaidi, Pelakon Baharu Perlu Ada Asas Pertarungan

gempak
31/08/2024
21:55 MYT
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulklifi Ariffin,38, tidak dinafikan ramai ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik namun apabila beraksi di hadapan kamera, fizikal itu tidak digunakan sebaiknya.
Viral

"Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad

gempak
29/07/2024
00:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil memberikan respons terhadap kecaman netizen berhubung video lama yang kembali tular baru-baru ini.
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.