,
Laman Utama

Bakal Berdepan Hukuman Penjara? Ini Jawapan Safiey Illias

Fiza Kamarudin
19/09/2020
01:44 MYT
Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan bakal berdepan hukuman penjara membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Menurut sumber Harian Metro, waran tangkap juga sudah dikeluarkan kepada penyanyi lagu Syinta Gila itu selepas dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.
"Saya tak nak komen apa-apa dulu sebab sudah menjadi kes mahkamah. Saya akan beritahu kelak sehingga kes ini selesai Isnin ini.
"Saya sendiri tidak tahu akan perbicaraan kes ini. Sebab semasa writ saman dihantar, saya juga tak pasti sama ada ia dihantar ke pejabat atau rumah.
“Kalau pejabat, pejabat sudah tutup lama. Kalau di rumah, saya pula berada di kampung sejak Ogos lalu akibat masalah depresi dan bipolar.
"Kalau saya tahu akan kes ini, pasti saya beri kerjasama sepenuhnya kerana saya tidak pernah lagi gagal hadir mana-mana kes lain di mahkamah sebelum ini.
"Saya harap tidak timbul sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Saya janji akan berkongsi. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada saya," katanya.
Ditanya mengenai produk yang dikatakan tidak mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Safiey berkata, ia bukan produk untuk dipasarkan.
"Kilang beri contoh produk. Saya cuma ingin berikan 'tester' kepada peminat saya. Ia belum untuk dijual dan tidak langsung saya promosikan di laman sosial saya.
"Biasanya saya menerima banyak contoh produk dari kilang di Malaysia. Saya suka minta kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada peminat untuk mencuba keberkesanan. Jika berkesan, baru saya akan jual dan ikut prosedur pendaftaran bagi tujuan kelulusan produk sebelum dijual.
"Tak perlu risau akan produk keluaran saya kerana saya sudah berniaga sejak berusia 16 tahun lagi dan sentiasa peka dengan peraturan dan prosedur sebelum produk dijual," katanya.
Difahamkan, Safiey perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Isnin ini bagi mendengar keputusan kes itu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Unitar