,
Laman Utama

Bajet 2023: “Penggiat Industri Kreatif Sambut Baik Usaha Kerajaan" - Norman KRU

Mya Amri
08/10/2022
08:59 MYT
Pengumuman Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan sebanyak RM177 juta untuk sektor kreatif semalam membawa khabar gembira buat penggiat seni.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim berkata, peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (Dekan) bagi memacu industri kreatif tempatan adalah satu langkah terbaik dilakukan kerajaan.
“Hari ini (semalam) merupakan hari gembira buat penggiat seni atas usaha kerajaan memperuntukkan dana Dekan RM50 juta.
“Insya-Allah, negara kita dapat memperbanyakkan lagi kisah-kisah khusus berkaitan sejarah negara, sekali gus menyemarakkan jati diri penonton,” katanya.
Pada masa sama, Norman turut memuji usaha kerajaan merangsang pembangunan program merakyatkan seni, budaya dan warisan di peringkat akar umbi dengan peruntukan berjumlah RM25 juta.
“Dana disediakan untuk seni dan budaya merupakan penghargaan kepada karyawan tanah air dan penggiat seni bagi memperkayakan khazanah warisan tanah air.
“berita ini juga pasti membawa khabar positif kepada industri kreatif dalam memperkayakan lagi warisan budaya negara kita, secara tidak langsung mengangkat nama Malaysia ke tahap global,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bajet 2023: RM50 Juta Dana Perkasa Filem Kenegaraan

gempak
07/10/2022
21:55 MYT
Sektor kreatif tidak terkecuali daripada menerima manfaat menerusi Bajet 2023
Laman Utama

“Tak Payah Bayar Duti Hiburan, Kos Pengedaran..” - KRU Studios Pilih Tayang Filem Baharu 7 Minggu Sebelum Kahwin Di Astro First

gempak
06/07/2022
04:01 MYT
Macam best cerita ni!
Berita

Dikdawa Ada Konspirasi Menerbitkan Video Lucah, Ini Komen Norman KRU

gempak
17/06/2019
05:10 MYT
Hiburan

Dilamar Norman KRU, Elly Mazlein Anggap Rezeki Tahun Baru

gempak
16/12/2016
08:51 MYT
Hiburan

Norman Jawab Luahan Penonton Tertipu Dengan Filem Upin Ipin

gempak
01/12/2016
08:51 MYT