HIBURAN
Baim Wong Rasmi Jadi Duda, Paula Verhoeven Curang & Derhaka
Kemelut rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven berakhir dengan keputusan rasmi bercerai.
Keputusan perceraian itu dicapai selepas Majelis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan membenarkan permohonan yang telah diminta beberapa kali oleh Baim Wong.
BERITA TRENDING: Baim Wong Tak Peduli Diboikot Kerana Didakwa Hasut Anak Benci Isteri
BERITA TRENDING: Rakaman CCTV Baim Wong Didakwa Kasari Paula Verhoven Ditayang Di Mahkamah
BERITA TRENDING: "Kami Masih Berhubung..." - Baim Wong Tak Baca Komen Di Media Sosial, Mohon Doa Terbaik Selepas Fail Cerai Paula Verhoeven
Menerusi keputusan yang dibuat, hakim menyatakan Paula terbukti nusyuz, derhaka dan tidak menghormati suami.Pasangan yang mempunyai dua orang anak itu juga diberi hak asuh secara bergilir dengan penggiliran dua minggu sekali."Berkaitan dengan pihak ketiga (curang), majlis hakim menyatakan terbukti. Dengan demikian hakim menetapkan pihak termohon (Paula) adalah isteri yang nusyuz, isteri derhaka, tidak menjaga kehormatan sebagai isteri dan mengkhianati hubungan suci suami isteri," ujar Suryana, Humas PA Jakarta Selatan seperti dilaporkan Detik.com.
Terdahulu Baim memfailkan perceraian kepada Paula pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.
Pelakon dan penerbit itu mendakwa Paula curang dengan rakan baiknya sendiri namun tidak memperincikan butiran pertuduhan tersebut.
Must-Watch Video