,
Gaya Hidup

Bahaya Kahwin Sepupu, Doktor Ini Terangkan Kenapa Ia Merupakan Satu Pilihan Yang Tidak Digalakkan

Izwan Isa
22/01/2024
14:55 MYT
Seorang doktor menegaskan tentang ‘bahaya’ perkahwinan antara sepupu.

BERITA TRENDING: Tidur Dengan Anak Patung Seperti Teddy Bear Haram Kata Ustaz Azhar Idrus

Menerusi perkongsian di platform X, Dr Samhan menerangkan dari sudut sains mengenai kemungkinan dan risiko yang bakal dihadapi oleh keturunan dan zuriat pasangan.
Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk you all untuk kahwin dengan sepupu sendiri.
Dari sudut agama, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.— Dr Samhan (@DoktorSamhan) January 21, 2024 “Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk you all untuk kahwin dengan sepupu sendiri. Dari sudut agama, perkahwinan antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.
“Tetapi, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat. Jadi kenapa saya tidak menggalakkan perkahwinan dengan sepupu sendiri?
“Ia adalah kerana kita dan sepupu kita berkongsi genetik yang sangat dekat. Lebih rapat pertalian, lagi tinggi persamaan genetik. Jadi lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat penyakit keturunan genetik,” tulisnya.
Dr Samhan menambah, persamaan genetik seseorang individu dan sepupunya adalah 12.5 peratus. Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut.
“Mengikut kajian, kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko empat hingga enam peratus untuk gangguan genetik resesif autosomal. Contoh penyakit genetik resesif autosomal adalah talasemia, cystic fibrosis, dan spinal muscular atrophy.

BERITA TRENDING: Petinju Ceraikan Isteri Dua Jam Selepas Lahirkan Anak

“Kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami gangguan ini, walaupun masih lebih tinggi daripada purata populasi.“Jadi, nasihat saya adalah boleh berkahwin dengan sepupu tapi digalakkan untuk kahwin dengan mereka yang tiada pertalian keluarga dengan kita,” katanya.
Sumber: Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Hiburan

Dakwa Pertahan Diri Dari Dirogol, Anak Artis Kerat & Buang Anggota Badan Doktor

gempak
31/08/2024
13:55 MYT
Bawa polis ke sekitar tujuh lokasi tempat dia membuang anggota badan yang telah dikerat disumbat dalam plastik sampah.
Berita

Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan

gempak
18/08/2024
06:55 MYT
Gempar baru-baru ini apabila seorang doktor dirogol dan dibunuh susulan penemuan mayat mangsa berusia 31 tahun dengan pelbagai kesan kecederaan di India.
Viral

Doktor Pesan Aiskrim Secara Online Dapat Jari Sebagai ‘Bonus’ - "Saya Fikir Ia Coklat Atau Kacang"

gempak
15/06/2024
15:55 MYT
Seorang doktor mengaku trauma untuk membeli aiskrim selepas termakan jari yang ‘terbenam’ di dalam pencuci mulut tersebut.