,
Laman Utama

Bagusnya Bahasa Melayu Han Byul! Siap Boleh Berbual Dengan Isha

Mya Amri
22/02/2022
10:09 MYT
Kemunculan penyanyi berasal dari Korea, Han Byul sebagai juri juara undangan di Konsert Big Stage 2022 Ahad lalu menjadi tumpuan ramai.
Ini kerana pertuturan Han Byul dalam Bahasa Melayu semakin baik.
Tidak hanya di Big Stage 2022, Han Byul juga membuktikan kebolehannya itu dalam segmen Gempak Hit Era bersama penyampai radio, Isha Norsham.
Ketika Isha menemu bual tentang Big Stage 2022, Han Byul juga memahami soalan dan berusaha menjawabnya dengan menggunakan Bahasa Melayu.
“Peserta-peserta semua sangat kuat dan juga bagus-bagus belaka. Saya rasa kagum dengan persembahan semua. Impressive!
“Saya sangat suka persembahan Syafiq sebab saya rasa dia menjadi seorang yang agak berbeza berbanding minggu lalu,” ujarnya menerusi segmen bersama Isha.
Wow! Nampak tak, siap boleh berborak lah dengan Isha!
Dalam pada itu, Isha juga turut bertanyakan mengenai perkembangan terbaharu Han Byul.
Difahamkan Han Byul muncul dengan single terbaharunya berjudul Persona Kamu.
Selain Han Byul, Isha yang juga merupakan hos Gempak TV bakal menghubungi selebriti untuk mengetahui perkembangan terbaharu mereka.
Dengarkan segmen Gempak Hit Era, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang hanya di ERA.Je
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis Korea

[VIDEO]: “Bagusnya Bahasa Dia” - Makin Fasih, Ramai Puji Usaha Han Byul Cakap Melayu Ketika Ditemu Bual

gempak
05/03/2023
14:50 MYT
Suka dengar Han Byul cakap Melayu.
Laman Utama

“Pertama Kali Saya Rasa Gementar…” – Daniel Cheang

gempak
26/09/2022
13:00 MYT
Daniel Cheang kenangan Gempak TV
Laman Utama

"Saya Ambil Masa Untuk Terima Kenyataan ..." - Isha Norsham

gempak
22/09/2022
03:30 MYT
Isha Norsham sedih Gempak TV dah habis
Laman Utama

"Ketika Berlakon Followers Bertambah Mendadak" - Isha Norsham Pelik Followers Naik Sikit Lepas Habis Tayangan Drama

gempak
19/07/2022
08:09 MYT
Doakan kejayaan Isha Norsham
Laman Utama

Johan Keluar ERA, JoHaRa Pagi ERA Tidak Lagi Menemani Pendengar

gempak
15/07/2022
15:00 MYT
Kenapa pula Johan keluar ERA