,
Laman Utama

“Bagi Watak Sampingan Pun Nak Tengok Jumlah Followers…” – Syanie Terkilan Dengan Syarikat Produksi

Fiza Kamarudin
06/05/2021
02:50 MYT
Pelakon Syanie terkilan apabila masih ada syarikat produksi yang memandang jumlah pengikut di Instagram ketika memberi tawaran lakonan kepadanya.
Menurut Syanie, apa yang lebih menyedihkan walaupun tawaran yang diberikan hanyalah watak sampingan syarikat produksi tetap memandang kepada jumlah pengikut di media sosial berbanding kredibiliti.
“Saya sudah hampir tiga dekad dalam industri hiburan. Tetapi jika itu tidak dipandang, saya berasakan kredibiliti saya diletakkan sangat rendah.
“Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut.
“Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya,” katanya.
Menurut Syanie, jika syarikat produksi masih menilai bakat seninya bersandarkan jumlah pengikut di Instagram sampai bila pun dia tidak berpeluang berlakon.
“Memang sampai bila-bilalah saya tidak berlakon kerana tak mampu nak bersaing dengan pelakon lain yang ada followers lebih ramai. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan mereka.
"Bagi saya tak perlulah pelakon seperti saya diukur berdasarkan jumlah pengikut. Alasannya sebab nak hantar kertas cadangan ke stesen TV.
"Kredibiliti seseorang pelakon perlu diambil kira. Kalau watak utama nak tengok jumlah pengikut saya boleh terima, tapi kalau watak sampingan pun macam itu, susahlah,” katanya.
Dalam pada itu Syanie bersyukur apabila ditawarkan berlakon filem Hantu Kuat Ketawa disamping pelawak popular Saiful Apek.
“Terima kasih Mawi kerana berikan saya peluang ini. Saya terus bersetuju dan tidak bertanya fasal harga pun ketika Mawi menyatakan hasrat untuk ‘melamar’.
“Saya rindukan kerjaya lakonan kerana inilah jiwa saya. Lagi pun sudah tiga tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Aspirasi & Anugerah Vieura 2021 pada malam Selasa di Bangi Avenue Comvention Centre.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.