,
Berita

Bagaimana Tenaga Solar Bermanfaat Dalam Kegunaan Harian?

Syafiqah Jalal
29/09/2020
23:21 MYT
Tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari.
Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas.
Namun tahukah anda tenaga solar berfungsi sebagai salah satu tenaga yang paling mesra alam?
Malah tenaga solar memberi manfaat kepada pelbagai industri termasuk kegunaan harian di rumah.
Semua itu anda boleh diketahui dalam program animasi edutainment, STEMsasi episod 8.
STEMsasi bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Jumaat di Astro Ceria saluran 611 HD dan 631 SD serta Astro GO.
Sementara untuk episode 9 akan datang STEMsasi akan mengajak anda mengenali bentuk-bentuk serta sisi secara asas dan mengaplikasikan bentukbentuk asas ini kepada sesebuah binaan/objek di dunia reality dalam geometri matematik.
Manakala episode 10 pula, pengenalan tentang IoT (Internet of Thing) berfungsi secara menyeluruh dalam kehidupan seharian bukan saja menerusi telefon pintar dan komputer, termasuk juga televisyen, perkakas rumah dan fasiliti komersial lain.
Menariknya, setiap episod dalam siri ini mempunyai pengetahuan praktikal untuk membantu meningkatkan kehidupan harian anda melalui Sains dan Teknologi.
Pelakon cilik, Wafiy yang memegang watak utama suara akan berkongsi fakta menarik sepanjang tiga minit.
Dengan satu episod yang hanya sepanjang 3 minit, ketahui fakta menarik dalam masa yang singkat dengan STEMsasi!
STEMsasi bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Jumaat di Astro Ceria saluran 611 HD dan 631 SD serta Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Jangan Pula Minum Secawan Santan! Ini Adalah Sains Dalam Memasak Kari"

gempak
26/10/2020
02:33 MYT
Tambah ilmu dengan lebih banyak membaca.
Berita

Pernah Tak Anda Terfikir Bagaimana Mikrofon Berfungsi?

gempak
25/09/2020
01:04 MYT
Bagaimana Mikrofon Berfungsi?
Hiburan

Tahu Tak Tulis Bahasa 'Coding'?

gempak
18/09/2020
09:56 MYT
Hiburan

Betul Ke VR Untuk 'Gamer' Sahaja?

gempak
17/09/2020
09:48 MYT
VR itu adalah Realiti Maya
Hiburan

WiFi Bukan Sekadar Untuk Sambungkan Internet

gempak
16/09/2020
09:42 MYT
Bayangkan dunia tanpa WiFi?