,
Hiburan

Badan Lebam, Dua Batang Gigi Retak - Pengorbanan Charlize Theron Untuk Filem Atomic Blonde

Mya Amri
27/07/2017
10:31 MYT
Pelakon Hollywood, Charlize Theron terpaksa menjalani pembedahan memperbetulkan giginya yang retak selepas melakukan babak bergaduhan untuk filem terbarunya, Atomic Blonde.
“Kejadian itu berlaku ketika sesi latihan berlangsung untuk bulan yang pertama. Saya tidak menjangkakan tentang perkara itu dan berasa pelik kerana mengalami sakit gigi yang teruk.
“Sehinggalah saya mengambil inisiatif untuk ke klinik pergigian dan doktor memberitahu mengenai kecederaan yang saya hadapi.
“Doktor menasihati supaya saya menjalani pembedahan sebelum berangkat ke lokasi penggambaran di Budapest,” katanya seperti yang dilaporkan portal Variety.
Selain gigi retak, antara kecederaan yang dialami oleh Theron adalah lebam-lebam dibahagian badan dan juga kaki terseliuh.
Bagaimanapun, itu tidak menjadi satu masalah buat Theron untuk terus melakukan aksi lasak sendiri.
Sebagai bukti, pelakon Hollywood terkenal ini telah menjalani latihan selama dua bulan selama empat jam setiap hari.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton Atomic Blonde arahan David Leitch di Malaysia bermula 27 Julai ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nafi Buat Pembedahan Plastik, Charlize Theron Kata Wajah Berubah Kerana Usia

gempak
23/08/2023
14:55 MYT
Masih lawa!
Laman Utama

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk

gempak
21/03/2023
09:26 MYT
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Laman Utama

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu

gempak
25/06/2022
09:00 MYT
Suka tengok Britney dengan suami dia, comel je.
Laman Utama

Pemain Dram Rolling Stones Meninggal Dunia Usia 80 Tahun

gempak
25/08/2021
03:35 MYT
Hilang sudah pemain dram lagenda Rolling Stones. Takziah buat keluarga...
Laman Utama

Sebab Nak Jimat Air, Jarang Mandikan Anak Dan Tunggu Hingga Berbau? Kristen Bell Beri Penjelasan

gempak
12/08/2021
14:15 MYT
Jangan membazir air, tak ada air susah tau.