gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
TERKINI

"Badan Cantik, Muka Handsome Tapi Tak Boleh Berlawan" - Ruzaidi Masih Belum Nampak Pelapis Filem Aksi

gempak
Asyraf Roslan
31/08/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
"Badan Cantik, Muka Handsome Tapi Tak Boleh Berlawan" - Ruzaidi Masih Belum Nampak Pelapis Filem Aksi
Pelakon, Ruzaidi Abdul Rahman berpendapat industri seni Malaysia masih belum mempunyai pelapis bagi aktor aksi lasak.
Menurut Zaidi, kekurangan pelapis aktor aksi lasak ini akan membuatkan industri perfileman Malaysia sukar bersaing dengan filem luar seperti Hong Kong dan Hollywood.
"Belum nampak lagi bakatnya, kalau ada pun ia nampak seperti dibuat-buat.
"Tiada yang kita letak terus jadi, nampak banyak yang dibuat-buat sahaja. Tapi itulah yang ramai agung-agungkan.
"Macam mana kita nak bersaing dengan Hong Kong, Hollywood?" ujarnya.
Ruzaidi berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem lakonan terbaharunya berjudul Pungut yang diarahkan oleh Areel Abu Bakar.
Tambah Zaidi, menerusi pemerhatiannya, kebanyakkan pelakon masa kini tidak dilengkapi dengan asas seni mempertahankan diri dengan baik.
“Untuk ada asas itu tidak wajib namun bagi melengkapkan diri sebagai seorang aktor perlu ada asas mempertahankan diri.
“Semasa saya diminta untuk buat fighting choreographer, pelakon memang sado, tapi fighting tak boleh, tumbuk tak boleh. Badan cantik, muka handsome tapi tak boleh berlawan.
“Namun dia tetap harus melaksanakan babak tersebut cuma ia tidak cantik," ujarnya.
Untuk info, Pungut mengisahkan tentang pergolakkan yang terjadi di pusat pelupusan sampah.
Topic Berkaitan
#Filem
#Hero
#Aksi
#Ruzaidi Abdul Rahman
Must-Watch Video