Laman Utama
Back Up Janna Nick, Tak Fasal Lia Natalia 'Dihentam' Peminat K-Pop, Teruk Kena Maki
Pelakon Lia Natalia menjadi mangsa serangan peminat fanatik K-Pop hingga mendapat kiriman mesej langsung berbaur makian yang melampau.
Ia berlaku susulan Lia menulis nasihat kepada peminat fanatik K-Pop agar tidak terlalu taksub sehingga menyebabkan artis tempatan bersumpah dengan nama al-Quran.
"Saya nak buat penjelasan dan minta maaf sekiranya ada buat salah, salah cakap atau salah komen sebab saya ada komen di posting Janna Nick dan kena hentam di situ.
"Saya sudah padamkan pun komen itu sebab tak nak ada pergaduhan pun di situ.
"Saya tak cakap semua peminat Korean pop (K-Pop) ini taksub, saya pun suka Korea. Saya suka dengar lagu Korea, tengok filem Korea malah rambut saya pun macam Korea," jelasnya.
Tambah Lia, tindakan menulis komen berunsur nasihat itu bagi memberikan semangat kepada Janna yang dikecam hebat sejak beberapa hari lalu.
"Jadi, saya cuma cakap janganlah taksub sampai nak depress sampai orang tu siap bersumpah atas al-Quran.
"Sudahlah, orang itu dah jelaskan dan janganlah diperbesarkan.
"Saya hanya support kawan saya dan nak bagi kawan saya kuat, itu saja. Janganlah kecam saya, DM saya sebabkan benda itu. Korang nak maki hamun, jadi saya minta maaf lagi sekali kalau salah cakap," ujarnya.
Terdahulu, nama Janna tular di Twitter apabila video yang dirakamkan Sharifah Sakinah yang didakwa mentertawakan artis K-Pop yang meninggal dunia mendapat kecaman netizen.
Video tersebut difahamkan telah dirakam Sakinah secara tidak sengaja sekitar dua tahun lalu ketika berada di dalam sebuah salun.
Jelas Janna, dia tidak bermaksud untuk memperlekeh si mati dan telah bersumpah atas nama al-Quran selain memohon maaf kepada netizen.
Bagaimanapun, nama Janna masih trending di Twitter gara-gara kemaskini terbaharu akaun Instagram yang didakwa sengaja mengejek nama beberapa artis terkenal antarabangsa termasuk Robert Pattinson dan Lisa Blackpink.
Must-Watch Video