Azza Elite Dedah Foto Bekas Pekerja Songlap Duit Perniagaan Kek Coklat - “Banyak Kali Aku Bagi Muka…”
Berang kerana dianiaya, penyanyi dan pelakon Azza Elite mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang mencuri duit hasil perniagaan kek coklat yang diusahakannya.
Curi duit tukar QR
Menerusi perkongsian tersebut, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari memaklumkan bekas pekerjanya itu telah mencuri duit perniagaan dengan cara menukarkan QR perniagaan kepada QR miliknya.
Pendedahan tersebut juga dilakukan selepas menerima nasihat dan gesaan daripada beberapa rakan lain.
“Staf saya yang menukar QR saya kepada QR miliknya.
“Diam Kak Azza bukanlah harus kau boleh pijak, banyak kali aku bagi muka sampailah aku punya kekuatan untuk muat naik gambar kau setelah semua kawan-kawan aku suruh.
“Ya Allah, aku ini sebenarnya tak nak memalukan sesiapa. Mudah-mudahan Allah bagi kesedaran bahawa tindakan kau salah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
BERITA TRENDING: “Saya Tak Liar..Pergi Club, Buat Benda
BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Bergurau Bagi No Akaun Bank Dekat
BERITA TRENDING: Imbau Detik Perkenalan Dengan Suami, Zarina
Dalam pada itu, aktres berusia 43 tahun itu turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan bekas pekerjanya itu dan beranggapan individu tersebut tidak mempunyai belas ihsan kepadanya.
“Masih lagi menanti hak aku dan kawan-kawan kerja kau.
“Hak mak dan keluarga aku yang kau ambil. Kau tak kesian dekat Adam (anak Azza) ke?
“Kau tahu anak kakak kena sekolah istimewa. Aku harap tindakan aku ini tak salah.
Dalam hantaran sama, ahli kumpulan Elite memaklumkan dia sudah pun membuat laporan polis berhubung kes kecurian ini dan berharap agar bekas pekerjanya itu membayar semula wang yang telah disonglap.
“Laporan polis dah dibuat. Kau bukan tak tahu betapa susahnya aku cari duit, kau tahu.
Tapi kau ambil kesempatan disebalik kecekapan kau buat kerja, kau sangat bagus.
“Tapi duit telah menggelapkan mata kau bila melihat duit perniagaan kek akak.
“Tapi itulah, duit ini boleh masukkan kita dalam neraka kalau kita salah gunakannya apatah lagi kau mengambil hak orang lain.
“Mudah-mudahan Allah memampukan dia untuk bayar duit akak. Ini ujian untuk dia dan juga ujian kecil kami,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Azza memuat naik hantaran di IG meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pekerjanya yang sanggup mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan olehnya pada dua minggu yang lalu.