,
Hiburan

Azmi Hatta Nampak Muka Faye Kusairi Dalam Solat Istikharah

Ahmad Shah
18/10/2016
09:28 MYT
Pengarah Azmi Hatta atau nama sebenarnya Azmi Mohd Hata, 41, mengakui serius bercinta dengan pelakon Faye Kusairi selepas diberi petunjuk melalui solat Istikharah.
Azmi berkata hubungannya dan Faye terjalin dua bulan selepas mereka bercerai Oktober lalu.
"Saya menjalinkan hubungan cinta yang serius selepas saya dikurniakan ilham dan Allah menampakkan wajah Faye Kusairi dalam solat istikharah. Demi Allah saya bercakap benar.
"Setelah beberapa kali pertemuan dengan Faye barulah saya beritahu mengenai gambaran solat istikharah itu," katanya.
Azmi berkata demikian ketika ditemui Astro Gempak pada sidang media tergempar Akuan Bersumpah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur petang Selasa.
Menerusi sidang media tersebut Azmi membuat pengakuan bersumpah Faye Kusairi bukan punca penceraiannya dan Elly Mazlein.
Menurut Azmi, tujuan akuan sumpah itu dibuat bagi memulihkan serta membersihkan namanya dan juga Faye Kusairi telah dituduh dan dilempar pelbagai tomahan, termasuk menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan Elly.
"Disini saya mahu bersumpah bahawasanya dakwaan yang mengatakan Faye Kusairi punca saya berpisah dengan Elly Mazlein adalah tidak benar.
"Saya mengadakan sidang media ini bagi membersihkan nama baik saya dan Faye serta keluarga sekaligus menghentikan segala provokasi di media massa selama ini," katanya.
Ikuti penjelasan Azmi yang ditemani peguamnya menerusi video di bawah:
Teks Oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.