gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Pukul 8 Pagi, Bagi Ruang Pelajar Solat Subuh
HIBURAN
Penampilan Terkini Syahrini Di Festival Film Cannes 2025 Jadi Perhatian
HIBURAN
“Adakah Dia Tidak Pernah Melihat Payud*ra Sepanjang Hidupnya?” - Leona Ulas Isu Terima Komen Lucah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Azlan Komeng Mohon Netizen Tidak Campur Tangan Isu Rumah Tangga - “Tidak Perlu Mengapi-Apikan Isteri Saya Untuk…”

gempak
Asyraf Roslan
10/03/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Azlan Komeng Mohon Netizen Tidak Campur Tangan Isu Rumah Tangga - “Tidak Perlu Mengapi-Apikan Isteri Saya Untuk…”
Pelakon Azlan Komeng meminta agar netizen tidak masuk campur dalam urusan rumah tangganya bersama isteri, Nur Nilam Ortiz, susulan keputusan yang dibuatnya untuk berkahwin lagi.
Menurut Azlan, keputusan tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu bersama isteri, dan Nur Nilam tidak mempunyai sebarang masalah mengenainya.
"Saya tak nak cakap banyak, saya buat video ini cuma mahu menjelaskan beberapa perkara yang mana tidak perlu untuk saya berkongsi dengan semua orang hanya kerana rasa ingin menyampaikan sedikit pesanan atau teguran.
“Jadi soal saya mahu berkahwin lagi saya sudah berbincang dengan isteri dan dia tidak mempunyai masalah dengan isu ini,” katanya.
Pada masa sama, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran meminta orang ramai agar tidak menghasut isterinya untuk meminta cerai.
Beliau turut berharap agar masyarakat mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.
“Jadi kepada kawan-kawan dan orang luar tidak perlu mengapi-apikan isteri saya untuk berpisah, saya tak rasa saya buat benda yang salah.
"Tapi saya tetap mendengar apa yang disuarakan oleh isteri saya. Jadi sebaiknya sama ada anda suka atau tidak, doakan sahaja perkara yang baik-baik semoga yang baik-baik akan kembali kepada anda," tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan rumah tangga Azlan dan isterinya dipermudahkan.
“Mohon Allah permudahkan urusan 👍 suami isteri ye..jgn dengar cakap netizen sangat.
“Semoga dipermudahkan segala urusan..🤲
“Pada aku dia cuba buat yang terbaik dan berani jujur..hormati dan doa yg baik²
“Kami akan doa yg baik2 tuk abg…🤲🏻🤲🏻🤲🏻
“Selagi mampu berlaku adil silakan bang,” kata netizen.
Sebelum ini, menerusi salah satu video terbaharu, Nilam berkongsi situasi suaminya sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya.
Malah, Nilam turut memuat naik video memberitahu dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan seseorang yang dipercayai bakal madunya.
Topic Berkaitan
#Kahwin Dua
#Azlan Komeng
#Nur Nilam Ortiz
Must-Watch Video