Hiburan
Azlan Komeng Kongsi Pengalaman Isteri Hamil 8 Bulan Tapi Kandungan ‘Hilang’ - “Dah Rasa Macam-Macam, Keluar Ular…”
Pelakon Azlan Komeng berkongsi pengalaman seram yang dialami isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz sewaktu sedang hamil di usia kandungan enam hingga lapan bulan.
Kejadian aneh
Menerusi perkongsian di TikTok Sirap Limau Official, Azlan berkata isterinya sudah membuat imbasan ultrasound dan disahkan hamil anak kembar ketika itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berlakon Walau Berkerusi Roda, Azlan Komeng Terharu Masih Terima Tawaran - "Rezeki Disusun Cantik Sangat"
ARTIKEL BERKAITAN: Hati Azlan Komeng Hancur Disebabkan Nilam ...
ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”
Bagaimanapun, isterinya mula melalui kejadian pelik di mana kandungannya sudah tiada tanpa sebarang bekas ketika bangun dari tidur.
“Sebenarnya, kalau ikutkan macam yang kita lalui itu daripada usia kandungan enam bulan. Dia dah mula main ada, hilang, ada, hilang.
“Kita dah pergi scan dah… kembar sepasang. Sampai last itu, sehari itu keluar balik. Saya tanya dia, ‘you rasa anak kita ada tak’. Dia kata ‘malam ini last’.
“Memang betul, esok pagi bangun terus tak ada nadi, tak ada bekas, tak ada apa-apa,” kongsinya.
Perut kempis
Berkongsi mengenai perkara itu, Nilam turut mendedahkan perutnya menjadi kempis secara tiba-tiba sedangkan dirinya hanya menunggu waktu bersalin.
“Sebab saya dapat rasa. Saya mengandung waktu itu dah lapan bulan, dah memang menunggu waktu bersalin sebenarnya… dah besar.
“Tapi sebelum itu dia mula masa kandungan dah enam bulan kandungan. Masa itu dia dah rasa macam-macam, dah keluar ular. Ada sekali itu, saya bangun, memang dah tak ada, kempis dah perut,” kongsinya.
@mysiraplimau “Akak sebenarnya Dah mengandung 8 bulan, tapi esoknya bangun perut kempis” #siraplimau #realiti #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #masukberandafyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #masammasammanis ♬ original sound - Sirap Limau Official
Must-Watch Video