HIBURAN
Azlan Komen Tak Akan Lepaskan Isteri, Hormati Keputusan Nur Nilam Failkan Fasakh - “Beri Saya Sedikit Waktu…”
Pelakon, Azlan Komen meminta orang ramai untuk memberikannya ruang bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya bersama isteri, Nur Nilam Ortiz.
Menurut Azlan, meskipun isterinya sudah memfailkan fasakh dia tidak akan melepaskan isterinya itu.
Bagaimanapun, pelakon lagak ngeri itu belum bersedia untuk menyatakan sebab dia bertindak sedemikian.
“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya nak cakap ini akan menyinggung perasaan orang ramai. Saya juga buat video ini sebab saya perlu menjawab beberapa persoalan yang mana saya tak mampu untuk menjawab satu persatu jadi saya buat untuk menjelaskan beberapa perkara.
“Macam semua orang sedia maklum, isteri saya sudah pun memfailkan fasakh dan saya hormati tindakan yang dibuat. Cuma saya tak akan lepaskan isteri saya kerana saya punya alasan saya yang tersendiri yang saya rasa belum masa untuk saya kongsi kepada anda semua,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.
Pada masa sama, Azlan juga meminta isterinya itu memberikannya sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Kata Azlan, Nur Nilam merupakan individu yang berharga untuknya dan tetap mencintai isterinya itu.
Saya mohon kesabaran daripada pihak-pihak terterntu untuk beri saya ruang dan masa kerana saya tahu apa yang saya usahakan, satu masa nanti saya akan kongsi kepada isteri saya Nur Nilam abang harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk abang selesaikan apa yang perlu saya buat.
“Saya tetap sayangkan awak awak satu benda yang berharga dalam hidup abang.InsyaAllah abang akan melindungi awak sebaik munkin dan akan ada jalan yang terbaik,” tambahnya.
Terdahulu, kisah rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz kembali menjadi perbualan netizen di laman sosial selepas isterinya berkongsi video muncul di mahkamah baru-baru ini.
Nilam sebelum ini turut mendedahkan suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Must-Watch Video