gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Pengorbanan Saya Tahun Ini Bukan Pada Sembelihan Namun…” – Tamat Misi Kayuhan Ke Madinah, Amar Baharin Menangis Ziarah Makam Nabi
HIBURAN
Dua Bulan Berada Di Tanah Suci, Zhiddin Aziz Tanam Impian Nikah Di Mekah - “Ketenangan Di Sana Membuatkan Saya…”
VIRAL
Pemuda Dituduh 'Jilat' Budak 9 Tahun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ayumi Hamasaki Tidak Lahirkan Anak Elon Musk

gempak
Maliah Surip
07/06/2025
04:45 MYT
Sponsor Banner
Ayumi Hamasaki Tidak Lahirkan Anak Elon Musk
Bintang J Pop terkenal, Ayumi Hamasaki menghentikan spekulasi yang disifatkan sebagai mengarut. Hamasaki dengan tegas menafikan anak yang dilahirkannya adalah hasil hubungan bersama Elon Musk.
Spekulasi tersebut tersebar selepas seorang pempengaruh Amerika Syarikat, Ashley St. Clair mendakwa Hamasaki berkongsi seorang anak lelaki dengan Musk. Musk diketahui memiliki ramai anak hasil hubungan bersama pelbagai wanita.
Hamasaki, 46, dengan segera mematikan spekulasi tersebut.
“Selama ini saya berdiam diri tapi sekarang adalah masa untuk saya bersuara. Bapa kepada anak saya bukan Elon Musk,” tulis Hamasaki di akaun Instagram seperti dilaporkan Tokyo Weekender.
Penyanyi itu berasa timbul salah faham dalam kalangan peminat kerana kurang pengetahuan dan cepat mempercayai gosip.
“Salah tetap salah. Letak ke tepi tentang imej saya. Saya tidak boleh menerima jika anak melihat berita ini di atas talian. Sebab itu saya terpaksa menafikan berita tidak benar ini,” katanya lagi.
Sebelum ini Hamasaki telah dua kali bercerai. Dia pernah berkahwin dengan suami yang merupakan seorang model daripada Australia, Manuel Schwarz dan doktor warganegara Amerika Syarikat, Tyson Bodkin. Hamasaki kemudian dilaporkan telah melahirkan dua orang anak lelaki pada tahun 2019 dan 2021 tanpa mendedahkan identiti bapa kepada anaknya.
Topic Berkaitan
#Anak
#Jepun
#Ayumi Hamasaki
#Zuriat
#Elon Musk
Must-Watch Video