gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall Of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka
GAYA HIDUP
Tak Perlu Tunggu Travel! Koleksi Rip Curl x Janggutbear Dah Bawa ‘Beach Vibes’ Masuk Almari Korang
VIRAL
Influencer Cantik M*ut Ditembak Ketika Live TikTok
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ayu Puteh Sedih Pertama Kali Sambut Ramadan Wanna Ali Tiada Di Sisi - “Saya Rasa Kehilangan, Tapi Bukanlah…”

gempak
Umirah Halim
25/03/2025
04:41 MYT
Sponsor Banner
Ayu Puteh Sedih Pertama Kali Sambut Ramadan Wanna Ali Tiada Di Sisi - “Saya Rasa Kehilangan, Tapi Bukanlah…”
Penerbit Datuk Ayu Puteh akui suasana Ramadan dan Syawal tahun ini agak berbeza selepas anak tercinta, Wanna Ali sudah mendirikan rumah tangga.
Kata Ayu atau nama sebenar, Normashayu Puteh, 49, sebelum ini selama 28 tahun Wanna Ali sentiasa di sisinya namun bagi tahun ini dia perlu berlapang dada apabila anaknya sudah tinggal bersama suami.
"Saya sedih sebab selama 28 tahun, Wanna ada bersama. Tiba-tiba, tahun ini, dia tiada di sisi. Namun, saya berpesan kepada Wanna untuk taat kepada suami.
"Kalau dia mahu beraya di mana sekalipun, tidak mengapa. Saya cakap, kalau hendak beraya di rumah kita, beritahu sahaja sebab pintu selalu terbuka.
"Sebenarnya, saya sudah bersedia sebab Wanna ada beritahu, Hari Raya kelak dia kena ikut suami terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Seniman 2025 di sebuah hotel di Ampang baru-baru ini.

Anak dan suami tidak lupa

Pemilik syarikat Pencil Pictures itu bagaimanapun syukur apabila Wanna sentiasa menziarahi dan sentiasa berhubung dengannya.
Bukan itu sahaja, menantu Khairil Amri Khalid juga tidak pernah pernah melupakan dirinya.
"Hampir setiap hari Amri hantar makanan ke rumah saya dan ibunya. Ada masa, mereka singgah ke rumah saya juga.
"Kadang-kadang mereka ajak berbuka puasa di luar. Kalau tidak berjumpa pun, kami buat panggilan video. Wanna anak yang baik budi pekerti dan taat.
"Sebab itulah saya rasa kehilangan. Bagaimanapun, ini bukanlah kehilangan menyedihkan atau kesal, tetapi, perkara membuatkan saya bahagia," katanya.
Sekadar info, Wanna mendirikan rumah tangga bersama Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Puteh
#Ramadan
#Wanna Ali
#Ayu
Must-Watch Video