,
Hiburan

Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik Lambat..”

Umirah Halim
04/06/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa sebak apabila sudah tidak tidur bersama anak-anaknya untuk beberapa hari kerana sibuk menjalani latihan untuk rancangan The Hardest Singing Show (THSS).
Kata Ayda, dia perlu melakukan latihan yang banyak bagi memastikan persembahannya itu tiada cacat cela.
Jadi, dia perlu mengorbankan masa bersama anak-anaknya.
“Kalau nak ikutkan saya dah beberapa hari tak tidur dengan anak saya.
“Sebab saya punya latihan balik lambat sampai pukul 5/6 pagi.
“Jadi bila nak buat satu persembahan yang flawless itu memang perlukan latihan yang banyak,” kata ibu anak dua itu sebak.

Berita Trending: “Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer…

Syukur keluarga faham

Sementara itu, Ayda bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan keluarga terdekat yang memahami walaupun merasa teruk kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya.

“Saya rasa sangat teruk, tapi alhamdulillah saya ada keluarga yang boleh tengokkan mereka.

“Sebab bila saya bangun tidur pun ada lagi perkara lain yang saya perlu buat, sebenarnya ini yang paling hardest untuk saya lakukan,” ujarnya lagi.

Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih…

Sekadar rekod, persembahan memukau Auda Jebat telah merebut semula takhtamya sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu keempat dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Ayda tampil memukau penonton dengan persembahan yang menyuntik elemen magis termasuk telah ‘ghaib’ di akhir persembahan dan tampil membuat kejutan di belakang juri, Datuk Seri Rossa.
Rancangan 10 minggu ini telah diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Berita Trending: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar