,
Hiburan

Ayda Jebat Sedia Kongsi Ilmu Dengan SMDX - “Beri Peluang, Tapi Harus Sedar Apa Yang Dilakukan Itu Kesilapan”

Mya Amri
27/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan bintang The Hardest Singing Show, Ayda Jebat sedia membimbing kumpulan wanita baharu berasal dari Sabah iaitu SMDX tentang cara pembawakan diri sebagai anak seni.

Ayda nasihat SMDX

Menurut Ayda, tidak manis sekiranya kumpulan baharu itu tular dan dikenali kerana sikap kurang baik ketika menjawab soalan yang diajukan.
“Saya faham, bila baru jadi penyanyi atau pelakon yang tiba tiba lagunya menjadi tular, mungkin masa siaran langsung itu berlaku, dia mahu memberikan komen tetapi tidak sedar cara percakapannya itu.

“Ini bukan masanya untuk anda tular dengan cara sebegini. Bagi saya ia tidak manis tapi insya Allah boleh diperbaiki. Semua orang pun buat kesilapan jadi bagi dia peluang.

“Buat masa sekarang saya sudah maklumkan pada boss jika kami berdua ada kelapangan, saya mahu ke sana untuk bertemu mereka.
“Mahu bercakap tentang hal mengajar ini tidak boleh melalui telefon. Takut salah faham. Saya nak jumpa mereka depan depan dan ajar.
“Sebagai contoh kalau orang tanya macam ini, begini jawapannya. Mereka perlu diajar supaya menjadi lebih baik,” jelasnya.
Ayda berkata demikian ketika ditemui usai konsert ketiga The Hardest Singing Show bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.

BERITA TRENDING: Isu SMDX, Pengurusan Mohon Maaf Tampil Beri Penjelasan - “Kami Mengaku Banyak Lagi Perlu Dipelajari

Harap SMDX diberi peluang

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ayda berkata dia berasa marah sebaik sahaja mengetahui isu SMDX yang didakwa tidak menghormati kumpulan Dolla.
“Mungkin ada yang tak tahu, SMDX ditubuhkan oleh syarikat pengurusan saya iaitu XENO. Bila terjadinya hal itu, secara jujurnya saya marah.
“Saya tidak pernah bertemu mereka tetapi SMDX di bawah satu pengurusan yang sama. Saya anggap mereka macam keluarga, adik saya.
“Saya terus tanya dalam group di mana ada boss saya juga, saya tanya tolong jangan cakap ini budak XENO. Kemudian dia balas dan berkata ya.
“Saya kata boleh tak kalau saya nak cakap sesuatu atau boleh tak saya jumpa mereka. Saya benar benar mahu bercakap dengan mereka,” katanya.
Bagaimanapun dalam masa yang sama, Ayda berharap agar SMDX kembali diberi peluang untuk mengorak langkah dalam dunia seni memandangkan mereka masih lagi baharu.
“Dua dua kumpulan pun ada peminat masing masing. Dolla juga mempunyai peminat yang kuat.
“Jadi bagi saya sebagai kak long daripada XENO saya rasa tindakan yang dibuat oleh salah seorang anggota SMDX itu… Mungkin dia tidak diajar lagi macam mana cara untuk bercakap dan sebagainya.

“Bagi saya kita bagi dia peluang. Tapi dalam masa yang sama dia kena sedar bahawa apa yang dilakukan itu adalah satu kesilapan,” ujarnya.

BERITA TRENDING: SMDX Mohon Maaf Pada iDolla - “Kami Sangat Menghormati Dolla Sebagai Senior Dalam Industri”

Terdahulu, nama SMDX menjadi hangat berikutan komposer, Julfekar menegur sikap salah seorang anggota kumpulan baharu SMDX iaitu Elle Thong yang dilihat sedikit bongkak dan kasar ketika menjawab komen netizen.

BERITA TRENDING: Julfekar Tegur Sikap Ahli Kumpulan SMDX - “Belum Apa-Apa Dah Ada Attitude Problem, Jangan Bikin Malu Orang Sabah”

Julfekar berkata sikap sebegitu boleh memburukkan nama SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.
Tidak hanya isu tersebut, Elle juga turut mendedahkan dirinya langsung tidak mengenali Dolla yang kini boleh dianggap sebagai group wanita paling popular negara.
Untuk info, kemunculan SMDX (disebut sebagai Sumandax) menerusi lagu Original Sabahan baru-baru ini menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Kumpulan wanita Sabah pertama yang berada di bawah naungan XIOKK Entertainment itu dianggotai oleh Crystal Vanessa John, Deveygrayc dan Elle Thong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

gempak
16/07/2024
01:55 MYT
Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.
the-hardest-singing-show

THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

gempak
15/07/2024
23:55 MYT
Penyanyi Aisha Retno memberitahu kehadirannya dalam pertandingan realiti itu tidak disenangi oleh semua pihak.
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Berhabis RM60,000 Sepanjang Pertandingan, Ambil Risiko Berdrum 90 Darjah

gempak
15/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mendedahkan telah berhabis sebanyak RM60,000 untuk persembahannya sepanjang 10 minggu bertanding di program realiti The Hardest Singing Show (THSS).
the-hardest-singing-show

THSS: Rupanya Isteri Sharul AF2024 Jadi Mastermind Persembahan Aepul Roza - “Ada Masa Saya Teman Pergi Sesi Training, Soundcheck”

gempak
15/07/2024
09:05 MYT
Penyanyi, Sharul Kamal berkongsi kisah penat lelah pasukan belakang tabir yang terlibat dalam menjayakan persembahan bintang The Hardest Singing Show, Aepul Roza.