gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Bakal Pasangan Hadapi Sumber Kewangan, Pilih Kekal Atau Lari?
HIBURAN
Ditegur Bos Rambut Menipis, Nampak Tua… Lelaki Ini Sanggup Amal Gaya Hidup Extreme Nak Jadi Awet Muda, Siap Tak Keluar Malam & Berhenti Merokok!
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Nama Diramal Ke Pentas Akhir, Ariel Fesol Anggap Itu Doa Dari Peminat - “Sekiranya Apa Yang Dikatakan Itu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
ASTRO GEMPAK ARTICLE

Ayda Jebat Rela Hati Tinggal Bersama Mentua Selepas Berkahwin - “Ibu Mentua Tak Kasi Saya Masuk Dapur Sebab…”

gempak
gempak
05/06/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Ayda Jebat Rela Hati Tinggal Bersama Mentua Selepas Berkahwin - “Ibu Mentua Tak Kasi Saya Masuk Dapur Sebab…”
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memberitahu dia sememangnya dengan rela hati untuk menetap bersama keluarga mentua selepas berkahwin dengan suaminya, Nabil Mahir.

Biasa hidup berdikari

Menganggap diri berada dalam zon selesa apabila duduk di rumah mentua, Ayda bagaimana memberitahu dia sebenarnya sudah biasa hidup berdikari sejak tamat persekolahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Tak Buat Kerja Rumah Sepanjang Duduk Dengan Mentua - “Inilah Waktu Yang Kita Dah Bersedia Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Kongsi Tips Pemakanan Untuk Wanita Beranak Czer - “Dia Cakap Semua Boleh Makan Kecuali…”

“Selalunya kalau dah kahwin, terus pindah kan. Saya mahu ada kehidupan bersama suami macam itu. Tapi saya memang rela hati bila Nabil cakap boleh ke kita kahwin, kita duduk rumah mama dlu.

“Saya tak kisah sebab saya pula memang, habis saja sekolah saya memang duduk sendiri. Pergi KL, duduk sendiri, ibu saya memang dekat Melaka.

“Saya memang berdikari dan memang sendiri saja. Sebab itu saya tak kisah. Bila dah duduk dengan keluarga dia, kita dah dalam zon selesa,” katanya.

Tak masuk dapur

Ayda yang kini dalam proses berpindah ke rumah baharunya berkata ibu mentuanya juga tidak membenarkan dia untuk masuk ke dapur dan membiarkan pembantu yang menguruskan segalanya.
“Ada juga rasa nak masak makanan kegemaran Nabil. Tapi dekat rumah mentua saya, ibu mentua tak kasi saya masuk dapur. Kalau saya masuk, dia tanya buat apa dekat sini.

“Saya nak masak telur pun dia suruh kakak (pembantu) masakkan. Mak saya pun sama, tak bagi saya masuk dapur. Diorang takut dapur mereka rosak.

“Tapi nanti dekat rumah sendiri, saya tak tahu apa jadi. Tapi Nabil dah cakap jangan masak, sebab takut dia tak makan nanti,” katanya.
Empat tahun duduk bersama keluarga mentua, Ayda Jebat kini dalam proses untuk berpindah rumah baharu.
Menerusi temu bual di TikTok, Ayda berkata sudah tiba masa untuk dia berpindah memandangkan rumah yang dibeli sudah siap diubah suai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video