Hiburan
"Ayah Saya Buta, Mak Kerja Kilang. Sebut Rumah Setinggan Memang Saya Sensitif" - PU Amin Terasa Dengan Video Syifa Melvin?
Ketika kecoh tentang satu video yang dikongsi oleh Syifa Melvin yang didakwa ramai menghina orang miskin yang tinggal di rumah setinggan PPRT, ramai yang mengambil serius hal tersebut.
Beberapa orang selebriti turut memberikan komen mereka tentang video tersebut, malah netizen turut mendesak Syifa untuk membuat permohonan maaf.
PU Amin semalam menaikkan satu status di Instagram miliknya yang seolah-olah berkait dengan video yang dibuat Syifa.
"Ayah saya buta. Mak saya kerja kilang. Dulu saya tinggal rumah setinggan di tengah bandar KL. Bila sebut pasal miskin dan rumah setinggan memang saya sensitif.
"Tapi kita bangkit melawan kemiskinan. Alhamdulillah atas nikmat Allah hari ini pada saya sekeluarga. Luar Biasa rezeki Allah," entri bertulis yang di muat naik PU Amin.
Menurut PU Amin, ramai orang suka kaitkan miskin dengan keadaan rumah yang mereka duduki.
"Pada semua yang sedang miskin dan sedang hidup susah , saya bersama anda semua. Saya pernah hidup begitu seperti kalian hari ini.
"Bangkitlah melawan kemiskinan, Allah akan beri kecukupan dan kesempurnaan hidup pada kita. Jangan kecil hati jika ada yang menghina, usaha dan terus maju mencapai kejayaan," tulis PU Amin pada entri tersebut.
Tambah PU Amin lagi, takdir Tuhan bila kita mati nanti kita tidak tahu mungkin ada ramai datang menziarah, ramai mendoakan, ramai solatkan, ramai sedekahkan Al-Fatihah, dan itulah kekayaan yang sebenar.
Must-Watch Video