HIBURAN
"Ayah Gagal, Janji Tak Nak Sedih Tapi Gugur Air Mata ..." - Amyza Aznan
Lebaran tahun ini membawa makna yang amat mendalam buat pelakon Amyza Aznan apabila terpaksa melalui Aidilfitri dengan perasaan yang sebak.
Anaknya, Andre Mikhail Khairul, 22, baru-baru ini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga, menjadikan sambutan kali ini penuh dengan emosi dan ujian.
BERITA TRENDING: Anak Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Amyza Aznan Mohon Doa - “Paru-Paru Sebelah Kanan Dah Collapse”
BERITA TRENDING: Putera Sulung Amyza Aznan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Bendalir Dalam Paru-Paru - “Sebenarnya Dah Sebulan Lebih Dia…”
Amyza berkongsi detik syahdu itu menerusi akaun Instagram miliknya, memaparkan momen dia dan bapanya tidak dapat menahan air mata tatkala melihat Andre sedang bertarung melawan penyakit yang digelar ‘pembunuh senyap’ itu.Menurut Amyza, biarpun bapanya cuba menyorokkan kesedihan dengan memakai cermin mata gelap, namun perasaannya tetap terbongkar.
"Aah pandai pakai cermin mata hitam nak menutupi kesedihan, tapi ayah gagal tipu kami," luah Amyza."Ayah gagal. Janji tak nak sedih, tapi gugur akhirnya air mata seorang lelaki. Datuk kepada cucunya.
Amyza sendiri mengakui sukar untuk berpura-pura tabah dalam keadaan sebegitu, apatah lagi dia tidak pernah berjauhan daripada anak sulungnya sejak menerima berita duka itu.
"Kami semua pun gagal tipu diri sendiri," katanya lagi.
Perkongsian penuh emosi itu menyentuh hati ramai, apabila ruangan komen dibanjiri kata-kata semangat serta doa daripada rakan-rakan selebriti dan para pengikut yang mendoakan kesembuhan buat Andre dan kekuatan buat Amyza sekeluarga.
"Andre strong kan," tulis Sharifah Shahirah.
"Dari dulu lagi Myra tengok akak ni kuat semangat, terus kuat ye kak. Mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan buat anak akak," tulis Amyra Rosli.
"Ya Allah moga dkuatkan semangat dan dberi kekuatan buat sahabat baik kami yg sedang Kau uji Ya Allah..!!" panjat doa Erra Fazira.
Must-Watch Video