,
Viral

Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”

Gempak
24/04/2024
03:55 MYT
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang kanak-kanak yang masih kecil menghabiskan semangkuk gulai ayam bersama dengan sepinggan nasi.
Tentulah, banyak dalam kalangan netizen menzahirkan rasa bimbang melihat selera luar biasa kanak-kanak itu, yang barangkali bakal memberi kesan kepada kesihatannya pada masa akan datang.

Nasihat

Begitu juga dengan seorang doktor yang terpanggil untuk memberi nasihat dan pendapat mengenai isu berkenaan.
Dr Kenneth Wong yang merupakan Pakar Estetik Perubatan menegur tindakan segelintir ibu bapa yang didakwa sanggup menghidangkan makanan berkolestrol tinggi kepada anak demi kandungan media sosial.
Susulan daripada teguran itu, bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya menikmati lauk yang begitu banyak untuk satu hidangan.

Sihat

“Alamak, doktor ini sedih pula tengok Bang Aji makan. Tapi doktor ini bagi nasihat semua betul tau. Memang betul Bang Aji makan kaki ayam satu mangkuk. Tapi dalam mangkuk tu ada enam batang saja kaki ayam. Kaki ayam tu kecil saja, besar ni je (sambil menunjukkan jari kelengkeng). Kalau satu mana kenyang. Dia makan enam batang.
“Dengan nasi, tapi nasi dia makan tak habis pun. Janganlah risau Bang Aji. Bang Aji sihat. Dia makan masakan yang ibu dia masak… yang kurang gula dan kurang garam.
“Rumah bang aji, gula sekilo tahan tiga bulan. Percaya ke tidak. Cuba komen. Percaya ke tak. Jangan risau, doakan kesihatan Bang Aji,” katanya.
Terdahulu, Dr Kenneth menjelaskan yang masalah kesihatan mungkin tidak kelihatan pada usia kecil. Namun, kesannya akan dapat dilihat jikat tabiat pemakanan tidak diubah apabila dia telah dewasa kelak.
Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Negara Ketiga Tertinggi Di Dunia Malas Jalan Kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Obesiti Dalam Kalangan Kanak-Kanak – Siapa Harus Bertanggungjawab? Ibu Bapa Perlu Lebih Peka, Anak Perlu Beri Kerjasama

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Hiburan

Dakwa Pertahan Diri Dari Dirogol, Anak Artis Kerat & Buang Anggota Badan Doktor

gempak
31/08/2024
13:55 MYT
Bawa polis ke sekitar tujuh lokasi tempat dia membuang anggota badan yang telah dikerat disumbat dalam plastik sampah.
Berita

Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan

gempak
18/08/2024
06:55 MYT
Gempar baru-baru ini apabila seorang doktor dirogol dan dibunuh susulan penemuan mayat mangsa berusia 31 tahun dengan pelbagai kesan kecederaan di India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

gempak
03/07/2024
21:33 MYT
Lain macam brader ni makan kulit durian...