,
Laman Utama

Awie Hulur Bantuan Kepada Bekas Wartawan, PRO Di Majlis Aqiqah & Berendoi Putra Ahmad Andeeka

Fiza Kamarudin
18/04/2021
07:45 MYT
Vokalis kumpulan rock legenda Wings, Datuk Awie mengucapkan rasa syukur kerana Majlis Aqiqah dan Berendoi anaknya, Putra Ahmad Andeeka berjalan lancar.
Pada majlis yang berlangsung pada Sabtu itu, Awie turut menyempurnakan majlis serahan bantuan Misi Kemanusiaan oleh Sayap-Sayap Wings, Awie Entertainment dan Rumah Produksi Merah.
Bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai diberikan kepada bekas-bekas wartawan dan PRO (pegawai perhubungan awam) yang pernah berkhidmat di dalam industri hiburan tanah air.
Majlis yang diadakan di Damai Hall, KLCC itu turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Awie dan Wings.
“Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar dan sempurna dengan izin Allah SWT. Saya juga berharap agar misi kemanusiaan Sayap-Sayap Wings sedikit sebanyak dapat meringankan beban sahabat-sahabat saya yang memerlukan.
“Sempena Ramadan ini saya juga ingin mengharapkan agar kita semua dapat mencari keberkatan dan kesempurnaan bulan seribu kemuliaan ini.
“Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir memeriahkan majlis berendoi anak saya Putera Ahmad Andeeka pada hari ini,” katanya.
Foto: Facebook Awie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar