,
Laman Utama

Awie, Hattan, Hazama & Aedy Ashraf Dilantik Duta Anti Scam PDRM

Mya Amri
14/09/2022
08:30 MYT
Penyanyi Datuk Awie, Datuk Hattan, Hazama dan Aedy Ashraf diumum sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa.
Empat selebriti popular itu turut dianugerahkan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Selain empat figura terkenal itu, antara selebriti tempatan lain yang turut dilantik adalah Sara Ali, Diana Danielle, Pablo Amirul dan Khai Bahar.
Majlis perlantikan tersebut berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, menyatakan rasa bangga apabila dipilih sebagai salah seorang duta bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya jenayah scam yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
“Sejak kebelakangan ini kes-kes melibatkan jenayah scam semakin menjadi-jadi dan sebagai selebriti kami akan gunakan pengaruh yang ada untuk beri kesedaran kepada orang ramai.
“Kami berharap kempen ini akan dapat membuka mata orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan scammers yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya ketika ditemui Gempak.
Selain selebriti, beberapa atlet juga turut dilantik seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Lee Zii Jia serta pemain beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Viral

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

gempak
30/08/2024
11:55 MYT
Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.
Berita

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

gempak
16/08/2024
23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.
Hiburan

Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

gempak
05/08/2024
08:55 MYT
Bagai kembali ke terowong masa, gemaan sorakan peminat memenuhi dewan Mega Star Arena KL, Kuala Lumpur sepanjang hampir tiga jam konsert ByAjai & Mega Friends berlangsung pada malam Sabtu.
Terkini

Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

gempak
31/07/2024
00:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.