,
Gaya Hidup

Awas! Hati-Hati Guna Halia, Lengkuas & Kunyit

Kamaruddin Razal
18/06/2019
20:33 MYT
Pernahkah anda mengalami momen apabila tersilap membawa pulang lengkuas walhal, ibu atau isteri meminta bantuan membeli halia? Pasti jawapannya, ya!
Menurut laporan Sinar Harian menerusi portal berita Astro Awani, situasi tersebut berlaku berikutan halia, lengkuas dan kunyit memiliki rupa dan tekstur yang hampir sama.
Justeru bagi mengelakkan kekeliruan terutamanya kepada golongan lelaki dan si bujang, kami kongsikan perbezaannya.
Halia
Halia atau nama botani Zingiber Roscoe adalah sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ia ditanam secara meluas di negara India, China, Thailand, Nigeria, Australia termasuklah Malaysia.
Selain dikatakan melawan rasa loya, halia yang memiliki rasa pedas turut membantu mengurangkan radang,mengawal kolesterol, membuang angin dan melegakan kesakitan haid.
Tekstur kulit: Ia berwarna coklat kekuningan manakala permukaannya sedikit kasar. Isinya pula lembut dan berserabut.
Lengkuas
Lengkuas yang lazimnya digunakan dalam masakan tempatan dan negara jiran, Indonesia merupakan salah satu tumbuhan keluarga halia.
Tekstur kulit: Permukaan lengkuas berwarna krim kemerahan, licin dan mempunyai rerambut pada bahagian ruas manakala isinya lebih keras dan pedas berbanding halia.
Kunyit
Kunyit atau Curcuma Longa bukan sahaja berfungsi sebagai pewarna asli dalam masakan bahkan, penambah rasa makanan dan membantu mencantikkan kulit.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika mengupas kunyit kerana warna akan melekat pada tangan dan sukar untuk dihilang dalam kadar segera.
Tekstur kulit: Permukaannya kasar dan berwarna coklat manakala isinya pula berwarna kuning pekat.
Sumber: Sinar Harian / Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar