,
Laman Utama

Awas! Gelombang Keempat Penularan Covid-19

Fiza Kamarudin
14/04/2021
01:20 MYT
Negara berkemungkinan berdepan gelombang keempat penularan COVID-19 susulan peningkatan kes wabak berkenaan sejak akhir-akhir ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berdasarkan kepada data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan COVID19 atau R-Naught (Ro/Rt) pada 11 April lalu untuk seluruh negara kembali meningkat kepada 1.06.
Beliau berkata, data di peringkat negeri pula menunjukkan Terengganu merekodkan Ro/Rt tertinggi iaitu 1.56.
"Walaupun aktiviti sepanjang Ramadan dibenarkan, ia tidak bermakna kita boleh leka kerana COVID-19 tidak pernah bercuti.
"Data daripada KKM menunjukkan kemungkinan berlakunya gelombang keempat COVID-19. Maka, kita bersama-sama perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apatah lagi pada bulan Ramadan terdapat banyak aktiviti seperti Bazar Ramadan, majlis berbuka, moreh dan solat Tarawih berjemaah.
"Di Malaysia, walaupun kita masih merekodkan empat angka kes harian iaitu 1,000 lebih namun perkembangan ini masih belum menunjukkan kita selamat daripada dijangkiti wabak ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Beliau berkata, Ramadan kali ini disambut dalam suasana negara masih dibayangi penularan COVID-19, namun terdapat sedikit kelonggaran diberikan seperti solat Tarawih dan dilakukan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Ismail Sabri berkata, ketika ini perkembangan terkini COVID-19 di beberapa negara yang masih dalam keadaan tidak menentu dengan berlakunya turun-naik dalam kes harian.
Katanya, hingga kini lebih 134.9 juta kes direkodkan dengan 2.918 juta kematian di seluruh dunia dan kebanyakan kes dilaporkan membabitkan jangkitan dalam komuniti serta kes kluster.
Selain itu, beliau berkata, penemuan varian baharu di beberapa negara seperti United Kingdom, Afrika Selatan, Nigeria dan Brazil pada hujung tahun lalu, menjadi antara faktor berlakunya ketidaktentuan kes pada hari ini.
"Data terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan India merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 152,879 kes diikuti Brazil, 93,317 kes, Turki (52,676 kes) dan Perancis (43,283 kes), dan Itali (23,634 kes)," katanya.
Foto: Solahuddin Al-Idrus
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.