,
Laman Utama

Awas! Bos Pesan Turn On Last Seen & Blue Tick Kepada Pekerja, Gurau Atau Amaran?

Maliah Surip
24/02/2021
01:20 MYT
Musim bekerja dari rumah atau WFH membuatkan hampir semua sektor pekerjaan berkomunikasi menerusi telefon pintar.
Salah satu alternatif yang cukup penting untuk berkomunikasi di antara majikan dengan pekerja adalah melalui penggunaan WhatsApp.
Namun, ada kalanya penggunaan WhatsApp atau WFH menjadi kecoh apabila majikan dan pekerja tidak bertentang mata sehingga menimbulkan rasa kurang percaya atau kadang kala menganggu pekerja di lepas waktu bekerja.
Hal itu yang terjadi apabila pesanan seorang majikan melalui grup WhatsApp yang meminta para pekerjanya mengaktifkan notifikasi last seen serta blue tick tersebar di media sosial.
Tangkap layar itu pada mulanya dimuat naik menerusi Facebook Boom Go Employee sebelum ia menjadi perdebatan dalam kalangan warga maya.
Seperti dilihat Gempak, pesanan itu merupakan perbualan seorang individu yang dilabelkan sebagai Boss dengan para pekerjanya yang dipercayai berbangsa Cina.
Dia didapati menulis: "Kepada semua, tolong turn on settings Last Seen dan sudah membaca kiriman (blue tick). Saya mahu memastikan pesanan saya dibaca dalam grup ini. Terima kasih."
Pesanan yang dikirim pada pukul 7.49 pagi itu kemudian dibalas oleh beberapa para pekerja dengan nama A dan B sekitar pukul 8.10 sehingga 9.04 pagi itu dengan jawapan ringkas: OK dan K.
Selepas ia tersebar, ramai yang berasa pesanan majikan tersebut sebagai keterlaluan selain ada yang mengatakan pihak majikan sudah melanggar hak privasi para pekerja dengan meminta mereka melakukan hal tersebut.
Malah ada yang mengatakan, tanpa mengaktifkan blue tick, seorang pekerja yang bertanggungjawab akan tetap membaca pesanan majikan itu pada waktu bekerja. Ada juga yang mengatakan para pekerja biasanya akan membaca pesanan dan membalas dengan kata Noted yang selalu digunakan dalam urusan kerja.
Namun, ada juga dalam kalangan warga maya yang menyebelahi majikan itu dengan mengatakan ia hanya sebagai sebuah pesanan normal agar arahan yang diberikan difahami, diterima seterusnya dapat dilaksanakan oleh para pekerja yang bekerja dari rumah.
Hal itu juga dilakukan mungkin kerana majikan tidak mendapat kerjasama atau respon yang baik sepanjang sistem WFH dilaksanakan sehingga perlu mengingatkan para pekerjanya seperti itu.
Dan ada wargamaya yang menyarankan agar para pekerja yang tidak berpuas hati dengan cara majikan berhenti selain berfikiran positif bahawa kiriman tersebut hanya sebuah gurauan.
Kredit Foto: Getty Images Facebook: Boom Go Employee
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Hiburan

“Kebahagiaan Saya Adalah Dia..." - Ini Luahan Hati Syamel Buat Ernie Zakri Selepas Menang SCTV Awards 2024 Di Indonesia

gempak
22/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Syamel menyatakan kemenangan isterinya, Ernie Zakri di Anugerah SCTV Awards 2024 adalah rezeki untuknya.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Berita

Penjawat Awam Negeri Selangor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

gempak
17/11/2024
10:30 MYT
Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat.
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Unitar