,
Hiburan

Awas! Ada Yang Cuba Guna Nama FBI Minta Nama Penuh, No IC & Alamat Rumah... Dah Kenapa Tu?

Kamaruddin Razal
02/12/2018
21:04 MYT
Bekas penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail (FBI) mendedahkan ada pihak yang menggunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.
Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, FBI memuat naik paparan skrin kiriman mesej (DM) yang dihantar oleh seorang peminat yang telah menjadi mangsa.
"Salam semua. Sekiranya ada yang menerima panggilan seperti di atas adalah dinasihatkan supaya tidak dilayan langsung.
"Ini adalah sebahagian taktik untuk mencuri data peribadi dan saya ingin memaklumkan yang saya tidak lagi bertugas dengan mana-mana stesen radio sejak 2013.
"Sejak itu tidak terlibat dengan apa jenis program seperti prank call yang dimaklumkan oleh pengadu. Terima kasih dan sentiasa berwaspada," tulis FBI.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengambil serius peringatan terbabit agar mereka tidak terpedaya dengan apa-apa panggilan yang menggunakan nama FBI sebagai umpan.
Memulakan tugas sebagai penyampai ERA sebelum berpindah ke Hot FM, Faizal bersara dari bidang radio pada 2013.
Faizal kini bergerak aktif sebagai pengacara dan turut bergelar usahawan menerusi produk eFBI.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

gempak
15/05/2024
09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.  Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya
Laman Utama

“Pulang Ke Rumah Buat Solat Istikarah” – Faizal Ismail Cari ‘Petunjuk’ Sebelum Kembali Ke Radio

gempak
01/09/2022
09:00 MYT
Faizal Ismail buat solat istikharah sebelum masuk Zayan
Laman Utama

"Lebih 20 Tahun, Kembali Jejak Kaki Di Sini" - Faizal Ismail Kini Penyampai Radio ZAYAN, Berganding Dengan Mawi & Anas

gempak
29/08/2022
02:55 MYT
Dengar di udara atau melalui SYOK, setiap Isnin - Jumaat, 6 hingga 10 pagi
Laman Utama

Faizal Ismail Akui Pernah Alami Gangguan Ketika Di Kemuncak Karier - “Rumah Ada 2,3 Biji Tapi…”

gempak
16/03/2022
00:50 MYT
Gangguan apakah yang dimaksudkan?
Laman Utama

“Saya Seolah-Olah Dapat Jawapan Daripada Allah”- Faizal Ismail Dedah Terima Hidayah, Kini Sertai Tabligh

gempak
03/06/2021
11:34 MYT
Alhamdulilah, lama tak dengar cerita FBI