,
Hiburan

"Awalnya Saya Nyanyikan Lagu Itu Menggunakan Sebutan Jelas .."- Single Dap Dap Dap Dipertikai Netizen, Ini Komen Siti Sarah

Zulaikha Yusof
14/02/2020
01:03 MYT
Penyanyi Siti Sarah tampil memberi penjelasan selepas terdapat segelintir pendengar yang mempertikaikan cara nyanyiannya dalam single terbaharu, Dap Dap Dap kedengaran agak pelik.
Jelas Sarah, dia menyanyi dengan cara begitu disebabkan untuk selari dengan konsep lagu bukan sengaja mengada-ngada.
"Terus-terang, awalnya saya nyanyikan lagu itu menggunakan sebutan jelas terhadap setiap perkataan.
"Namun, hasilnya memang tidak kena dan kedengaran janggal.
"Lantas, Yonniboii menyarankan saya menyanyikannya dengan cara yang lebih berkarakter.
"Barulah ia kedengaran lebih bertepatan dan sempurna dengan keseluruhan konsep lagu.
"Hakikatnya, saya mengambil masa lapan jam untuk belajar sebutan sebegitu.
"Maklum saja, saya sendiri sudah terbiasa dengan nyanyian baku dalam lagu-lagu terdahulu,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan terdapat dua pilhan tajuk lagu telah diberi kepadanya.
"Untuk judul lagu itu sendiri pun, sebenarnya kami ada dua pilihan sama ada menggunakan Manis atau Dap Dap Dap.
"Tapi Manis jelas sangat klise, justeru judul satu lagi dipilih.
"Ini bukan pertama kali, saya pun pernah hasilkan lagu berentak rancak seperti Jangan Kau Mimpi dan Pesan Mama sebelum ini.
"Jadi, saya berharap lagu ini juga akan diterima baik disebabkan secara peribadi lagu ini bertepatan dengan trend sekarang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

gempak
10/07/2024
04:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber mendapat perhatian semua pihak.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Hiburan

Shuib Teringin Watie Masak Menu Raya Wajib Arwah Siti Sarah - “Kalau Boleh Nak Kuah Kacang & Rendang”

gempak
09/04/2024
01:55 MYT
Shuib paling suka kuah kacang dan rendang.