,
Laman Utama

Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”

Maliah Surip
17/05/2022
12:55 MYT
Pengacara Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.
Suami Scha Al Yahya itu sebaliknya memberitahu dia hanya menolak ke tepi palang pagar tersebut menggunakan tangan untuk masuk ke kediamannya sendiri.
“Saya nak betulkan salah faham kalau ada yang kata saya buat khianat langgar palang pagar rumah dengan kereta dan sebagainya.
“Saya bukan Iron Man, bukan Incredible Hulk.
“Saya hanya guna tangan, ke tepikan palang pagar untuk masuk ke kediaman sendiri,” jelas Awal.
Awal muncul dalam siaran langsung di Insta Story di Instagram rasminya, sekitar pukul 8 malam tadi untuk menjelaskan salah faham dan memberi pencerahan mengenai laporan pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara pada 16 April lalu.
Menerusi siaran langsung yang disaksikan sekitar 10 ribu warganet itu, Awal turut menjelaskan dirinya sudah menetap di kediaman tersebut selama 15 tahun sebelum berpindah keluar.
“Jadi secara teknikalnya, saya mahu masuk ke rumah sendiri. Walaupun saya sudah berpindah, tetapi kediaman itu masih milik saya dan tidak dijual mahupun disewakan.
“Saya datang untuk mengambil barang di kediaman saya namun tidak dibenarkan. Jadi saya tolak palang pagar untuk ke rumah saya dengan tangan selepas dihalang untuk masuk,” katanya lagi.
Selebriti berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku dirinya dihalang untuk masuk ke kediaman kerana mempunyai tunggakan bil pengurusan.
“Saya tak nafikan saya mempunyai tunggakan bil pengurusan rumah. Biasalah, saya sudah 15 tahun duduk di sana, ada masa saya terlupa bayar kerana terlalu sibuk.
“Ada kalanya saya membayar secara advance. Dan memang beberapa bulan terakhir ini saya terlupa membayar bil pengurusan.
“Tapi itu tidak bermakna saya tidak mahu bayar. Sekarang pun saya sudah membayar tunggakan dan membayar secara advance bil tersebut,” akuinya lagi.
Awal berharap dengan penjelesan yang dilakukan ia sedikit sebanyak mampu membetulkan salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai insiden yang membabitkan dirinya sehingga me jadi viral hari ini.
Terdahulu media melaporkan, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara, di sini.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah di sini.
Mengikut pertuduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada jam 11.30 pagi, 16 April lalu.
Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun atau tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Berita

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

gempak
19/11/2024
09:55 MYT
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.
Viral

‘Sedap’ S*ks Oral, Mabuk Saat Memandu, Pemuda Langgar Lari Warga Emas

gempak
18/11/2024
08:52 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditangkap pihak berkuasa Jogjakarta, Indonesia selepas terbabit dengan kemalangan langgar lari yang berlaku pada Khamis lalu.
Unitar