,
Hollywood

Avril Lavigne Komen Teori Konspirasi Telah Mati & Diganti Wanita Berwajah Sama

Maliah Surip
18/05/2024
12:44 MYT
Avril Lavigne merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada awal tahun 2000 dengan genre pop-punk.
Lagu Sk8er Boi yang dinyanyikan Lavigne menjadikan dirinya idola kebanyakan peminat seusianya.

Dilapor meninggal dunia?

Namun sewaktu di puncak populariti, Lavigne dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2003.
Pada saat ramai yang tidak percaya Lavigne telah meninggal dunia, muncul pula teori kononnya syarikat rakaman telah ‘menghidupkan semula’ penyanyi tersebut demi mengekalkan populariti dan keuntungan.
Lavigne yang kini berusia 39 tahun kononnya telah diganti dengan wanita berwajah seiras yang dikenali sebagai Melissa Vandella.

Teori konspirasi

Setelah dua dekad, Lavigne bercakap tentang teori konspirasi yang masih menjadi tanda tanya dan percakapan peminat.
Tanpa berselindung, Lavigne mengaku berasa lucu dengan teori yang telah dibuat.

“Sejujurnya saya rasa lucu. Bila ada yang kata saya kelihatan seperti ‘saya’, tidak ada apa yang boleh saya katakan kecuali ‘ini memang saya’ atau ‘saya adalah saya’,” katanya sewaktu menjadi tetamu Alex Cooper dalam program Call Her Daddy, lapor Billboard.

Lavigne bagaimanapun mengaku tidak begitu ambil pusing dengan segala teori yang ditimbulkan kerana tahu dirinya adalah ‘dirinya’.
“Saya tidak rasa ia (teori) menakutkan atau memberi impak negatif. Saya okay,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Avril Lavigne Kecewa Terpaksa Batal Konser Karena Wabah Virus Corona

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.