,
Hiburan

Avengers: Endgame Jadi Filem Paling Laris Dunia, Pengarah Avatar Ucap Tahniah Pada Marvel

Azwa Rahman
23/07/2019
10:03 MYT
Pengarah filem Avatar, James Cameron menyampaikan ucapan tahniah kepada keluarga Marvel selepas filem itu berjaya dinobatkan sebagai filem paling laris di dunia.
Menerusi laman sosial Twitter, pengarah itu berkongsi satu tweet ucapan tersebut menggunakan akaun rasmi filem Avatar.
“Oel Ngati Kameie, I see you Marvel - Congratulations to Avengers Endgame on becoming the new box-office king,” tulis beliau.
Lebih istimewa apabila sekeping foto Iron Man berada di dalam planet Avatar yang diberi nama Pandora turut dilampirkan. Filem Avengers: Endgame menewaskan filem Avatar (2009) sebagai filem kutipan paling tinggi dengan $2.8 billion (RM11.58 billion) $500,000 ketinggalan dibelakang Avatar dengan kutipan $2.789 billion (RM11.44 billion).
Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Ketua Marvel, Kevin Feige di pentas utama Comic-Con di San Diego pada Sabtu.
Pencapaian Endgame itu turut mengambil kira selepas tayangan semula dengan penambahan babak akhir baru-baru ini.
Menerusi Tweet itu juga, netizen berkongsi pendapat bercampur-baur dengan berita tentang kejayaan epik itu.
Ada yang memperlekehkan usaha Marvel untuk berada di tangga pertama kerana setelah 22 filem Marvel ditayangkan, barulah mereka memecah rekod terbabit dengan Avengers: Endgame.
Dalam pada itu juga, ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan kemunculan Avatar 2 yang dijangka akan menemui peminat pada 17 Disember 2020.
Mereka turut berharap rekod filem paling laris Endgame itu akan dirampas oleh Avatar 2 kelak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.