,
Laman Utama

Aura Kasih Persembahkan Makanan Buat Makhluk Halus, Peminat: “Ini Syirik Atau Tidak?

Maliah Surip
20/02/2023
14:50 MYT
Perbuatan pelakon Aura Kasih mempersembahkan makanan atau dipanggil sesajen sewaktu berada di Bali baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Hal ini kerana sesajen yang selalunya mempunyai kaitan dan kepercayaan masyarakat di pulau tersebut dikenali sebagai membawa persembahan atau memberi makanan kepada makhluk halus yang dipercayai berada di tempat-tempat suci mereka.
Justeru, tindakan Aura Kasih yang dilihat berkongsi beberapa keping foto dengan salah satu menyaksikan dirinya sedang mempersembahkan sesajen di kawasan air terjun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat, terutama yang beragama Islam.
Selain memberi makanan kepada makhluk halus, Aura Kasih juga dilihat seperti sedang melakukan rutin sembahyang ala adat Bali, lapor InsertLive.
Aura terlihat bersembahyang dan membawa sesajen di lokasi air terjun serta gua yang dipenuhi patung-patung.
Pemegang watak Bu Clara dalam filem seram The Sacred Riana itu juga terlihat mengenakan pakaian sembahyang adat Bali.
Pada kapsyennya, janda satu anak ini menulis: “Budaya adalah seni yang diangkat menjadi seperangkat keyakinan.”
Namun ‘kenyataan’ dan perbuatan perempuan berusia 37 tahun itu disifatkan sudah melanggar ‘keyakinan’ seorang Muslim.
Malah ada netizen yang bertanya: “Ini tergolong syirik atau tidak ya.”
"Syirik nih ye.. awas! Kalau tidak taubat sebelum mati bakal kekal di neraka," tulis @me***22.
Sementara yang lainnya menegur Aura Kasih dengan mengatakan budaya dan keyakinan adalah dua perkara yang berbeza.
"Hati-hati kalau sudah terkait keyakinan...dalam Islam tidak boleh," tulis @wa***an.
"Dalam Islam kalau budaya bertentangan dengan agama maka budayanya harus di buang," tegur yang lain pula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.