,
Hiburan

Atta Halilintar Bengang Netizen Body Shaming Aurel - “Yang Mengutuk Pun Tak Cantik…”

Maliah Surip
05/01/2024
11:55 MYT
YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar melahirkan rasa kurang senang apabila ada dalam kalangan netizen yang melakukan body shaming atau mengutuk tubuh dan fizikal isterinya, Aurel Hermansyah.
Netizen mengutuk fizikal Aurel yang juga anak Kris Dayanti itu seperti ‘emak-emak’ atau kelihatan gemuk tidak sesuai usianya yang baru berusia 25 tahun.

BERITA TRENDING: Netizen Samakan Bilik Pembantu Rumah Atta Halilintar Macam Sel Penjara

Tidak terima dengan ejekan dan body shaming yang dilakukan terhadap Aurel, Atta menerusi sepotong video meminta perlakuan tidak elok itu dihentikan. Dia juga mengaku tidak faham mengapa ramai yang berbuat demikian dan kebanyakannya dalam kalangan wanita sendiri.
“Aurel memang sudah jadi emak dan saya pula seorang bapa. Itu betul.
“Cuma yang saya tidak mengerti dan rasa aneh kerana kenapa ada netizen yang sanggup mengejek Aurel, melemparkan kata-kata negatif kepadanya.
“Dia kan baru habis melahirkan dan sekarang sedang memberi susu badan kepada anak kami. Jadi dia tidak boleh diet untuk dapat menyusukan bayi dengan sihat.
“Jika Aurel pentingkan diri dia boleh berdiet terus tidak menyusukan anak kerana mahu jaga badan, tapi tidak dilakukannya.

BERITA TRENDING: Takut Aib Terbongkar, Atta Halilintar Tolak Tawaran Bertanding Pilihan Raya

“Orang baru melahirkan dipanggil gemuk. Dan aneh yang melemparkan kata-kata ini adalah dalam golongan perempuan juga,” ujar Atta seperti dilaporkan Viva.co.id.Kesal dengan apa yang berlaku, Atta menitipkan pesan buat netizen yang suka mengejek atau memalukan orang lain di media sosial.
“Tolong perbetulkan diri. Kadang yang menghina tidak lebih baik, yang mengejek juga tidak cantik. Dan kalau pun cantik, tak salah saling support,” katanya.
Aurel dan Atta baru menimang cahaya mata kedua pada November lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Pengawal Peribadi Pempengaruh Ancam Culik Wartawan

gempak
06/09/2024
15:55 MYT
Dalam kekecohan yang berlaku, pengawal peribadi tersebut mengeluarkan ancaman untuk menculik wartawan.
Hiburan

Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji

gempak
25/06/2024
01:55 MYT
Pasangan selebriti Indonesia Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah diketahui selamat menunaikan ibadat haji bersama lebih 1 juta umat Islam di seluruh dunia, baru-baru ini.
Hiburan

Atta Halilintar Sentiasa Beringat, Enggan Biar Diri Hanyut Dengan Populariti

gempak
24/05/2024
13:55 MYT
Mula mencipta nama menerusi kerjaya sebagai personaliti media sosial Indonesia, Atta Halilintar berharap sentiasa diberi peringatan andai terlalu mendongak tinggi ke langit.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
Hiburan

Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”

gempak
30/04/2024
06:55 MYT
Suka tengok Ameena & Azura.