,
Laman Utama

ATNM2: Ajai Ganti Syafinaz Sebagai Kapten, Remaja Bubbly Jadi Kesukaan Juri – Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri

Syafiqah Jalal
15/01/2023
21:46 MYT
Penjawat awam, Mala berjaya merangkul markah penuh 100 daripada semua juri dalam Program All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) pada minggu ke enam malam tadi.
Mala yang mendapat pujian juri juri kerana gaya bersahajanya itu telah ditemani Evie Feroza seorang penyanyi sambilan selepas berjaya berentap dalam pusingan Sing-Off.
Evie menewaskan kumpulan duo adik beradik Eles Blood yang hanya mendapat 74 markah sementara dia tampil bergaya dengan 96 markah.
Pun begitu, ATNM2 malam tadi buat pertama kalinya tidak dihadiri oleh Datuk Syafinaz Selamat sebagai Kapten Juri.
Namun ATNM2 diteruskan jua apabila Ajai dilantik untuk menggantikan tugas Kapten Juri bersama 49 juri yang lain.
Selain itu, antara yang menjadi tumpuan jua peserta remaja berusia 16 tahun iaitu Khalyn yang me jadi kesukaan ramai juri kerana karakternya yang sweet dan bubbly serta disenangi.
Seperti biasa, untuk minggu ini Gempak akan recap markah dan komen juri untuk 20 peserta bersama butiran lagu yang didendangkan.
#1 HADY – 56 markah Lagu: DEALOVA (ONCE) Komen juri, LIZA HANIM : bukan semua lagu boleh apply huskiness AJAI : nyanyi terlampau santai, tak fikir competition
#2 ELLY YUSNI – 20 markah Lagu: UMBRELLA (RIHANNA) Komen juri, IZZUE ISLAM: Suara sedap saya punya tone, pandai bermain dengan stage dan interact dengan juri
#3 AZIM – 76 markah Lagu: SAMPAI SYURGA (FAIZAL TAHIR) Komen juri, AG COCO : tak berapa minat cara penyampaian Azim, expectation saya tinggi lagi
#4 SHAUN SALIM – 30 markah Lagu: ANUGERAH DARI KEGAGALAN (DATUK SHAKE) Komen juri, CHE TA : kita yang bangun ni semua terhibur (Che Ta bagitahu Shaun ni yang ajar catwalk, so Che Ta suruh tunjuk) AJAI : Tiada bakat menghibur tapi ada bakat hibur orang
#5 MALA – 100 markah Lagu: KU KE UDARA LAGI (FRANCISCA PETER) Komen juri, PAKNIL : dia tak try so hard pon RESHMONU: You have won all our heart
#6 KANNIYASHREE- 26 markah Lagu: BOLE CHIDIYA Komen juri, PAK NIL : kalau awak nampak enjoy mesti orang bangun
#7 ABDUL LATIF – 24 markah Lagu: AKIN KA NALANG (MORISSETE AMON) Komen juri, ALI : senang cakap tak sampai
#8 PITT SARMON – 84 markah Lagu: JANUARI (GLENN) Komen juri, ELLY MAZLEIN : Kak Lina love sangat suara pit, cuma kena kemaskan je
#9 KYNA – 84 markah Lagu: BINTANG KEHIDUPAN (NIKE ARDILA) Komen juri, KEANU:Semua okay, cuma satu je kurang, awak tak confident
#10 JEEVANRAJ – 12 markah Lagu: SANTHOSHA KANEERE Komen juri, SURESH : Tarik tak cukup Tarik
#11 ASHIRA KASEH – 4 markah Lagu: CINTA ANTARA BENUA (ARNI NAZIRA) Komen juri, AJAI : awak ada keinginan tapi satu yang awak tak ada, bakat
#12 JANARTHENA – 64 markah Lagu: ORU MAALAI (GHAJNI) Komen juri, RESHMONU: I Still feel your pitching all over the place, saya rasa ada banyak untuk perbaiki
#13 KHALYN MULYANI – 94 markah Lagu: LELAKI (YUNA) Komen juri, AJAI : karakter tak gambarkan umur
#14 DANISHA BATRISHA – 8 markah Lagu: MERISIK KHABAR (SUDIRMAN) Komen juri, ELLY MAZLIEN: Kena bagi betul betul jangan separuh #15 AYEP HUSSAIN – 60 markah Lagu: FANTASIA MUSIM CINTA (IWAN) Komen juri, AJAI: Awak tak meant untuk competition awak nib oleh buat album
#16 ALIYA SYUHADAH – 28 markah Lagu: HATI KAMA Komen juri, BOB: Belajar lenggok yang tepat
#17 ALIF DANIAL – 18 markah Lagu: LAYU DI HUJUNG MEKAR Komen juri, Uyaina: Kenapa pilih menyanyi lagu ni sebab awal muda lagi, saya rasa terlalu berat untuk awak
#18 EVIE FEROZA- 96 markah Lagu: HELLO (BEYONCE) Komen juri, MARSHA : Suka your energy.. fire! KELLY : nyanyian awak terlampau bingit
#19 ELES BLOOD – 96 markah Lagu: SEPI (AINA ABDUL) Komen juri, Tomok: Pada mulanya tengok tak berapa yakin tapi bila buka mulut meremang bulu roma saya.
#20 THREEVO – 40 markah Lagu: MENGEGAR DUNIA (AKIM & STACY) Komen juri, SOPHIA : awak buat effort menari dan menyanyi
Saksikan All Together Now Malaysia musim ke-2, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO.
ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Kini dengan Astro Baharu strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Raih Tempat Pertama & Standing Ovation Daripada Juri, Ina Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

gempak
15/09/2024
01:25 MYT
Kilauan Emas 2024 telah membuka tirainya dengan persembahan 12 peserta.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.