BERITA
Asyraf Khalid Dilantik Director of Partnership PTTI Group
PTTI Group mengumumkan pelantikan ahli perniagaan Asyraf Khalid sebagai Director of Partnership, satu langkah strategik dalam memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi merealisasikan visi PTTI dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.
Dengan pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan pembangunan strategik, Asyraf Khalid dijangka memainkan peranan penting dalam memperluaskan rangkaian kerjasama PTTI, termasuk dengan sektor korporat, institusi pendidikan, serta agensi kerajaan dan swasta.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana berkata, pelantikan Asyraf Khalid adalah satu langkah strategik bagi memperkukuhkan impak PTTI dalam ekosistem pendidikan negara.
"Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman beliau, PTTI dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada pelajar, guru, dan masyarakat secara keseluruhan," katanya.
Turut diumumkan, Dr Faizul sebagai Deputy Vice President for Strategic Communication di PTTI Group Sdn Bhd.
.jpeg)

Pengumuman itu dibuat pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner yang berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur bagi menghargai usaha serta dedikasi seluruh pasukan PTTI dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.
Majlis ini bukan sekadar pengiktirafan kepada tenaga kerja PTTI, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan sasaran yang lebih besar pada tahun 2025.
Must-Watch Video