HIBURAN
“Asyik Hantar Bunga, Bila Nak Hantar Rombongan?” - Ruhainies
Pelakon Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu foto dirinya menerima sejambak bunga daripada seseorang.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok, Ruhainies dilihat sedang memegang sejambak bunga segar sambil ‘selfie’ di hadapan cermin.
“Siapa ni asyik hantar bunga. Asyik bunga je bila nak hantar rombongan? Eh,” tulisnya.
Meskipun tidak mendedahkan identiti penghantar bunga berkenaan, gurauan Ruhainies itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya yang menganggap ia mungkin petanda pelakon tersebut sedang dilamun cinta.
Bagaimanapun, sehingga kini Ruhainies belum memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung hantaran tersebut.
Sebelum ini, Ruhainies pernah menjadi perhatian selepas terpalit kontroversi melibatkan pelakon Aliff Aziz yang membawa kepada pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.
Namun, Ruhainies memilih untuk meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang tanpa menghiraukan tohmahan netizen yang melabelkannya sebagai ‘penyondol’.
Must-Watch Video