,
Laman Utama

Asyik Berkolaborasi Dengan Artis Berpangkat Datuk Saja, Luca Sickta & Kmy Kmo Akui Tidak Memilih - “Bukan Bermaksud Kami Nak Datuk Saja, Tapi...”

Izwan Isa
10/12/2021
02:50 MYT
Duo hip-hop Luca Sickta dan Kmy Kmo memang cukup dikenali dalam kalangan penggemar muzik tempatan, lebih-lebih lagi selepas lagu 7 Nasihat nyanyian mereka bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza lolos ke Anugerah Juara Lagu Ke-35 baru-baru ini.
Tidak hanya bersama Siti, menerusi katalog lagu-lagu yang pernah diterbitkan, Luca dan Kmy juga pernah merakam single bersama Datuk M. Nasir pada 2019 menerusi lagu Zuhud dan terbaharu bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Neraca.
Menerusi corak kolaborasi yang ditunjukkan oleh mereka, mungkin ramai berpendapat bahawa Luca dan Kmy hanya mahu bekerjasama dengan penyanyi yang berpangkat Datuk sahaja.
Namun, bagi mereka, ia hanyalah satu rangkaian wishlist dan terbuka untuk berkolaborasi dengan sesiapa sahaja.
“Ramai yang berpendapat sedemikian, tetapi ia lebih kepada wishlist semata-mata. Kami terbuka untuk berkolaborasi dengan sesiapa.
“Untuk musim ini, kami akan tutup dengan sebuah lagu baharu yang turut menampilkan seorang artis popular.
“Sama ada bergelar Datuk atau tidak, sama-sama kena tunggu. Tetapi lagu baharu itu nanti masih mengekalkan irama Nusantara dengan lirik bahasa Melayu,” ujar Luca ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Dua Puluh di ibu kota baru-baru ini.
Ditanya pula mengenai lagu mereka bersama Jamal Abdillah yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik Ke-36, Lucka berkata, mereka tidak menjangkakan lagu tersebut terpilih untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
“Jujurnya, kita tak jangka kerana sewaktu menerbitkan lagu Neraca, kita tidak all out seperti dengan lagu 7 Nasihat. Jadi, memang tak sangka bila lagu tersebut mara ke peringkat separuh akhir.
“Tambahan pula persaingan sangat kuat. Boleh diibaratkan lagu-lagu lain itu seperti peninju Muhammad Ali dan Mike Tyson manakala kami ni kecil sahaja. Tapi insya-Allah, dengan adanya Datuk Jamal, kami akan cuba sehabis baik untuk lagu Neraca ini,” katanya lagi.
Mengulas mengenai lagu Dua Puluh, Kmy berkata, ia merupakan lagu yang dicipta hasil kolaborasi dengan jenama pakaian jalanan popular, Playaz.
“Ia sebuah lagu yang mengisahkan tentang ujian, usaha dan pencapaian masing-masing. Contohnya usaha saya sendiri dari kampung ke bandar dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
“Lagu ini saya sifatkan sebagai lagu yang bertenaga dan mempunyai aura tersendiri, tambahan pula dengan kehadiran rakan-rakan artis lain yang mempunyai karakter berbeza,” katanya.
Lagu Dua Puluh menampilkan gabungan lapan bakat muda dalam genre hip-hop tempatan iaitu Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii, Ical Mosh, Benzooloo, B-Hesrt, Sigma dan juga Juki.
Peminat boleh mendengarkan lagu ini di semua platform digital bermula 3 Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kmy Kmo Rekod Balik Lagu Tahun 2016, Apa Maksud 21A?

gempak
17/06/2023
12:45 MYT
Lancar lagu berjudul 21A.
Laman Utama

[VIDEO] Kmy Kmo Sanggup Kepala Berdarah Demi MV ‘Ayuh’ Polis Evo 3, Netizen Pula Harap Kemunculan Malique

gempak
08/05/2023
13:50 MYT
Tak sabar nak tengok MV Ayuh!
Laman Utama

[VIDEO] Netizen Teruja Gabungan Malique, Ernie Zakri, Aman Ra & Kmy Kmo Menerusi Lagu ‘Ayuh’ Untuk OST Polis Evo 3 - “Pergh Line Up Untuk…”

gempak
13/04/2023
03:25 MYT
Wow gabungan yang hebat!
Laman Utama

"Bukan Saya Bitter" - Pandangan Luca Sickta, 20% Line Up Lagu Tak Layak Bertanding Di AJL Tapi ...

gempak
09/03/2023
08:00 MYT
Pandangan Luca
Laman Utama

“Dia Seorang Student” - Sufian Suhaimi Sedang Mengenali Hati Budi Seorang Wanita

gempak
09/03/2023
03:00 MYT
Siapakah wanita itu