,
Gaya Hidup

Astro Tawarkan Diskaun Eksklusif 50% Bagi ‘Coding Camp’ Bersama CIY Club Sempena Cuti Sekolah Ini!

Kamaruddin Razal
22/11/2019
13:37 MYT
Program kesetiaan pelanggan Astro, Astro Rewards sekali lagi tampil dengan program berbentuk ganjaran kepada pelanggan setianya.
Kali ini, Astro Rewards bekerjasama dengan CIY Club, kelab pengekodan yang dibangunkan oleh ScopeIT Education, Australia bagi menganjurkan ‘Kem Coding, 3D Design & Printing dan Game Design’ di musim cuti sekolah ini.
Pelanggan Astro layak menerima 50 peratus diskaun eksklusif untuk yuran pendaftaran dan hanya perlu membayar RM194 untuk kursus selama dua hari (harga biasa untuk bukan pelanggan Astro adalah RM388).
Program kem coding ini bertujuan untuk memberi anak-anak pendekatan berkenaan asas pengekodan serta menyiapsediakan mereka dengan ilmu digital untuk masa hadapan.
Di kem ini, peserta didedahkan dengan kemahiran reka cipta permainan digital dan mengasah skil reka bentuk tiga dimensi (3D).
Program yang mensasarkan seramai 500 peserta dari lingkungan umur 5 hingga 12 tahun itu bakal berlangsung mulai 23 November hingga 24 Disember 2019, di lebih 25 lokasi di seluruh negara.
Antara lokasi yang terlibat dalam program ini termasuklah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bharu, Terengganu, Sabah, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kedah dan beberapa lagi lokasi terpilih.
Sesi akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan melibatkan 20 peserta bagi setiap kem. Komputer riba serta alatan keperluan dan makanan juga disediakan untuk kesemua peserta.
Pelanggan Astro boleh melayari https://rewards.astro.com.my/details/CIYClub2019 untuk butiran lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Astro Rewards Polis Evo 3 Rekrut, Saksikan #PE3 Di Astro First & Berpeluang Menang Meet & Greet Bersama Pelakon

gempak
11/08/2023
12:50 MYT
Saksikan Polis Evo 3 di Astro First dan berpeluang untuk menang!
Laman Utama

Ribuan Peminat Adiwira Ultraman Banjiri Acara Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar

gempak
26/06/2023
04:50 MYT
Dapatkan tiket tayangan, pas Meet & Greet dan barangan eksklusif Ultraman Decker secara percuma dengan Astro Rewards
Laman Utama

99 Ganjaran Istimewa Sepanjang 99 Hari Bersama Astro Rewards!

gempak
02/03/2023
08:59 MYT
Menangi iPad, iPhone, Apple Watch, TV 4K atau nikmati percutian eksklusif.
Laman Utama

Rebut Peluang Memenangi Tiket Tontonan Eksklusif Hari Ini!

gempak
22/07/2022
07:00 MYT
Jom pakat tengok ramai-ramai
Laman Utama

Hello Pelanggan Astro, Anda Nak Menang Set Perabot Atau Percutian Hebat Tak? Mudah Je!

gempak
25/04/2022
09:34 MYT
Eh lovenya! Banyak benda best ni guys.