,
Laman Utama

Astro Shaw & Visinema Pictures Jalin Kolaborasi Mega! Penonton Bakal Saksikan Filem Ben & Jody, Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah & ...

Hanafis Haris
16/02/2022
04:49 MYT
Berita gembira buat semua peminat filem Indonesia apabila penerbit dan peneraju filem Malaysia, Astro Shaw hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama penerbit terkemuka dari Indonesia.
Pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij, Visinema Pictures bakal membawa dan menjadi penerbit bersama untuk empat filem hebat di Indonesia, Ben & Jody, Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Mencuri Raden Saleh.
Ini sekali gus mengukuhkan lagi peranan Astro Shaw selaku penerbit, pengedar dan pemasar filem terbaik Malaysia dalam mendominasi pasaran Asia.
Tahun 2020, Astro Shaw telah bekerjasama dengan penerbit Visinema Pictures dalam memasarkan filem genre drama kekeluargaan no 1 paling laris di Indonesia, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’, untuk tontonan di Malaysia melalui platform Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Sambutan positif daripada penonton Malaysia serta menerima liputan meluas dari media tempatan telah membuktikan filem dari negara jiran juga turut menjadi pilihan penonton tempatan dalam menikmati hiburan filem.
Lanjutan daripada kerjasama baik Astro Shaw dan Visinema Pictures, ia telah membawa kedua-dua penerbit terkemuka serantau itu ke tahap seterusnya untuk meneroka lebih banyak peluang kolaborasi yang mampan.
Selain mencipta kejayaan besar menerusi filem ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ sebagai Top 2 Filem Tempatan Paling Laris di Indonesia tahun 2020, deretan filem lain terbitan Visinema Pictures juga turut melakar fenomema tersendiri seperti ‘Cahaya dari Timur: Beta Maluku’ (2014), ‘Filosofi Kopi’ (2015), ‘Surat Dari Praha’ (2016), ‘Filosofi Kopi 2: Ben & Jody’ (2017), ‘Love For Sale’ (2018), Keluarga Cemara (2019), adaptasi daripada webtoon popular Indonesia, ‘Terlalu Tampan’ (2019) dan banyak lagi.
Visinema Pictures amat dikenali sebagai penerbit yang mengangkat bakat-bakat kreatif muda dan idea-idea progresif dalam menghasilkan filem-filem yang memberi nafas segar dan sekali gus mencetus impak kepada perubahan besar buat filem Indonesia.
Malah, kredibiliti Visinema juga diyakini dengan di bawah teraju Pegawai Eksekutif Visinema, Angga Dwimas Sasongko yang juga dikenali sebagai pengarah berbakat besar Indonesia dan menjadi penerbit paling muda yang memenangi Anugerah Citra untuk Filem Terbaik di Festival Filem Indonesia ketika usianya 29 tahun.
Di bawah kepimpinan Angga Dwimas Sasongko, Visinema Pictures telah memenangi pelbagai anugerah berprestij di festival filem Indonesia serta turut merentasi peringkat antarabangsa apabila tercalon di Academy Awards bagi kategori Best Foreign Language Film melalui filem Surat Dari Praha.
Selain itu filem-filem terbitannya juga banyak terpilih di festival berprestij di negara-negara Asia seperti Jepun, China, India, Korea dan lain-lain lagi.
Menerusi gabungan mega ini, Astro Shaw berhasrat ia mampu meningkatkan lagi kualiti hiburan filem buat penonton Malaysia.
Astro Shaw terkenal dengan pendekatan inovatif dalam mengetengahkan cerita segar yang menyentuh hati penonton, serta berjaya mencipta fenomena tersendiri dengan mengungguli carta filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia melalui filem-filem terbaiknya iaitu Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Paskal, Abang Long Fadil 2, Pusaka, Sangkar dan banyak lagi. Melalui salah satu filem terbaru terbitannya, The Garden of Evening Mists, Astro Shaw telah menjadi tumpuan di pentas antarabangsa dengan memenangi pelbagai anugerah di pelbagai festival filem antarabangsa.
Mengulas tentang kolaborasi tersebut, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro Shaw rasa berbesar hati apabila dilihat sebagai penerbit filem utama di Malaysia yang mampu meyakinkan pengkarya dari negara luar untuk jalin hubungan kerjasama dan meneroka potensi yang lebih besar.
“Kami berbangga dapat menjalin kerjasama strategik sekali lagi bersama Visinema Pictures dalam memperkukuhkan jenama kedua-dua penerbit di peringkat global.
"Dengan berkongsi objektif yang sama, kerjasama ini melambangkan kesungguhan kedua-dua belah pihak untuk memperkasa hasil filem Asia. Kolaborasi ini juga dilihat menjadi platform sempurna buat Astro Shaw dalam mempamerkan kredibiliti dalam menyediakan platform terbaik untuk mengedar dan memasarkan filem dari negara luar, di samping konsisten dengan komitmen berterusan dalam mempersembahkan filem-filem berkualiti kepada penonton Malaysia.
"Kami berharap dapat terus berinovasi bersama Visinema Pictures dan mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak di masa akan datang. Sebagai permulaan, tahun ini kami bakal membawakan filem Ben & Jody ke Malaysia yang dijangkakan pada bulan Mac hadapan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Visinema Pictures, Angga Dwimas Sasongko memberitahu bahawa mewakili pihak Visinema berasa sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw, salah satu penerbit terbesar dan terbaik di Malaysia.
"Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu usaha kami untuk memperkenalkan filem-filem yang dihasilkan oleh Visinema serta Indonesia kepada penonton antarabangsa.
"Saya berharap kolaborasi strategik Visinema dan Astro Shaw ini mampu memberi impak serta sekali gus meluaskan industri filem serantau ke tahap lebih tinggi," katanya.
Untuk makluman, BEN & JODY adalah filem sekuel ketiga daripada francais ‘Filosofi Kopi’.
Filem ini telah pun ditayangkan di bioskop seluruh Indonesia sejak 27 Januari lalu dan mendapat reaksi positif daripada penonton.
Kali ini filem tersebut tampil dengan genre berbeza iaitu aksi, thriller, komedi dan masih mengekalkan teraju utama Chicco Jerikho dan Rio Dewanto di samping barisan pelakon terkenal di peringkat antarabangsa Yayan Ruhian, Luna Maya, Rio Dewanto, Chicco Jerikho dan ramai lagi.
Ia mengisahkan tentang dua sahabat baik terperangkap dalam tahanan pembalakan haram. Mereka cuba melepaskan diri dan dalam pada masa yang sama ketulusan persahabatan mereka diuji.
Filem JAGAT ARWAH pula adalah sebuah filem seram, pengembaraan fantasi yang mengangkat elemen hubungan ayah, anak, persahabatan serta aksi.
Raga ingin berhijrah bagi mengejar impian untuk menjadi pemuzik bersama rakan-rakannya. Tetapi ayahnya, Sukmo meninggal dunia dalam keadaan tragis.
Kemudian Raga mendapat tahu keluarganya adalah berketurunan lagenda dan penjaga kepada Batu Jagat, batu yang mempunyai kuasa dan akan mengudang bahaya jika jatuh ke tangan pihak yang salah.
Membariskan bintang muda Ari Irham, pelakon popular Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Kiki Narendra dan Ganindra Bimo.
Manakala, filem KELUARGA CEMARA 2 adalah skuel kepada Keluarga Cemara.
Masih mengekalkan barisan pelakon utama seperti pelakon popular Nirina Zubir, Ringgo Agus Rahman, Adhisty Zara, Widuri Puteri, Asri Welas dan Abdurrahman Arif.
Kali ini kisahnya memaparkan keluarga Cemara melalui liku-liku cabaran kehidupan selepas wabak pandemik. Cemara tidak mendapat perhatian daripada keluarga dan memulakan penggembaraan bersama ‘ayam neon’ dan cuba meyakinkan semua orang bahawa dia boleh berkomunikasi dengan ayam.
Seterusnya filem MENCURI RADEN SALEH yang mengisahkan 6 pelajar kolej yang mempunyai kepakaran berbeza, merancang untuk mencuri lukisan Raden Saleh atas arahan bekas presiden Indonesia, Permadi dengan ganjaran yang lumayan. Namun Permadi telah mengkhianati mereka dan mengakibatkan mereka diburu. Mereka merancang untuk mencuri semula lukisan tersebut daripada orang yang sangat berpengaruh di Indonesia.
Filem genre heist action ini membariskan pelakon box office Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Rachel Amanda, Aghniny Haque, Umay Shahab dan Ari Irham.
Istimewa buat penonton Malaysia, nantikan filem-filem Ben & Jody, Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Mencuri Raden Saleh yang akan menemui anda tidak lama lagi.
Dapatkan info dan klip-klip menarik tentang perkembangan filem-filem daripada kolaborasi ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Unitar