,
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

Mya Amri
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.

Ketengahkan isu kesihatan mental

Siri hebat ini merupakan terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd.
Menurut Penerbit Eksekutif Project; Exit yang juga merupakan Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad, Project: Exit meneruskan legasi Project Universe dan kali ini menumpukan pada kisah pelajar dengan mengetengahkan isu kesihatan mental.
“Project: High Council dan Project: Anchor SPM adalah sebahagian daripada Project Universe. Siri ini telah mencapai kejayaan luar biasa, sekali gus mengukuhkan genre 'coming-of-age' dalam karya tempatan sebagai salah satu genre yang digemari oleh penonton.

“Project: Exit meneruskan legasi Project Universe dan kali ini menumpukan pada kisah pelajar dengan mengetengahkan isu kesihatan mental.

“Kami memilih untuk mengangkat isu sosial ini kerana kita semua dapat melihat peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan generasi muda.

“Siri premium ini adalah usaha kami, bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga untuk membangkitkan perbincangan dalam kalangan penonton.
“Kami mengharapkan Project: Exit mampu menjadi pemangkin perubahan dan mendorong penonton untuk berdiri bersama menyokong generasi muda kita,” ujarnya.

Inspirasi Project: Exit

Sementara itu, pengarah Project: Exit iaitu Zulaikha Zakaria berkata, dia mengambil inspirasi untuk mencipta siri tersebut selepas berlakunya pandemik COVID-19.

“Seiring dengan pandemik COVID-19, saya terinspirasi untuk mencipta Project: Exit sebagai respons terhadap cabaran mental yang dihadapi oleh ramai di sekitar saya.

“Walaupun perbincangan mengenai isu kesihatan mental semakin meningkat, ia masih merupakan topik sensitif di Malaysia.

“Matlamat saya adalah untuk meneroka isu ini dengan cara yang memberi makna tanpa menimbulkan ketakutan dalam kalangan penonton.

“Perjalanan mengarahkan projek ini mempunyai banyak cabaran, terutamanya dalam menyampaikan tema yang berat sambil mengambil kira emosi dan pengalaman lalu pelakon saya.
“Saya berharap Project: Exit dapat menggalakkan penonton untuk mendalami topik kesihatan mental, sekaligus membina pemahaman dan empati terhadap mereka yang berjuang dengan isu serupa.
“Bersama- sama, kita boleh belajar untuk menyokong satu sama lain dengan lebih baik,” jelasnya.
Project: Exit membawa topik remaja di pusat pemulihan akhlak yang berhadapan dengan pelbagai isu termasuk isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan di Malaysia.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun 2023, 1 daripada 4 remaja Malaysia bergelut dengan kemurungan dan 1 daripada 10 pernah berdepan dengan percubaan membunuh diri, dengan majoritinya adalah remaja perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN:Naim Daniel Botakkan Kepala Demi Projek: Exit

ARTIKEL BERKAITAN:Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Shaw Umum Watak Ikonik High Council Kembali Dalam Filam Kahar: Kapla High Council, Dedah First Look, Teaser Trailer & Teaser Poster

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Shaw Umum Watak Ikonik High Council Kembali Dalam Filam Kahar: Kapla High Council, Dedah First Look, Teaser Trailer & Teaser Poster

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Dah Tak Sabar! Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu & Thompson Goh Dipilih Pegang Watak Dalam Filem Kahar Kapla High Council

Idea asal siri premium ini dicetuskan oleh Zulaikha Zakaria, juga merupakan showrunner dan pengarah, yang menyambung karyanya daripada kejayaan siri premium ‘Projek: Anchor SPM’ dan ‘Projek: High Council’.
Siri penuh saspens ini dibintangi oleh Shasha Abedul (Jannah), Mierul Aiman (Hadi), Naim Daniel (Ucop), Kimberly Chuah (Amy), Nabila Huda (Ibu Zan), Tengku Nur Kamalia (Izzah), Farah Ahmad (Salina) dan ramai lagi.

Siri ini bakal bersiaran pada 1 November 2024, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108).

Sinopsis:
Project: Exit yang merupakan daripada Project Universe, mengisahkan tentang empat remaja merancang untuk melarikan diri dari tempat yang menyeksa mereka secara mental.
Walaupun berhadapan dengan trauma masing-masing dalam kehidupan, watak-watak ini tetap berpegang pada harapan, menghadapi ketakutan dalaman, membentuk pakatan yang tidak dijangka dengan rakan- rakan banduan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari kebebasan.
Dalam persekitaran yang mencabar dan kawalan yang ketat, perjalanan mereka memiliki momen-momen yang menyentuh hati, serta pengkhianatan sepanjang siri ini yang menjadi sorotan utama naratifnya.
Siri 6 episod ini mengikuti perjalanan Jannah (Shasah Abedul), seorang perempuan yang dihantar ke pusat pemulihan akhlak dipanggil INSAN selepas gagal dalam percubaan untuk membunuh dirinya.
Di INSAN, dia menemui diari arwah bapanya yang membongkar segala rahsia mengenai tempat tersebut, serta rancangan untuk melarikan diri daripada kakitangan yang menjaga dan kawalan ketat yang ada.
Dia bertemu Hadi (Mierul Aiman), seorang lelaki dengan Fibrosis sista, dan dua rakan lain bernama Ucop (Naim Daniel) dan Amy (Kimberly Chuah) yang berkomplot untuk bersama-sama melarikan diri berdasarkan diari arwah bapanya yang dulu juga pernah merancang untuk melarikan diri di tempat yang sama.
Project: Exit turut disokong dengan inisiatif promosi Astro dalam memanfaatkan penggunaan teknologi AI dengan memberikan peranan kepada barisan pelakon utama Project: Exit untuk mengambil alih platform media sosial X rasmi Astro Gempak dengan menawarkan sokongan dan dorongan yang diperibadikan kepada pengguna.
Inisiatif ini bertujuan mewujudkan hubungan yang lebih erat dan memberi ketenangan, sekaligus membina suasana dalam talian yang lebih positif dan berempati kepada semua.
Selain itu, penonton boleh melayari www.gempak.com/project sebagai rujukan berkenaan siri ini atau jika memerlukan bantuan yang berkaitan dengan kesihatan mental.
Eksklusif bagi penggemar siri premium Astro Originals, Bahagian 1 siri Project: Exit yang merangkumi episod 1 hingga 4 akan mula bersiaran pada 1 November 2024 secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Manakala Bahagian 2 yang merangkumi episod 5 dan 6 akan bersiaran pada 15 November 2024 di platform yang sama.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

gempak
12/11/2024
08:55 MYT
Pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang berhubung kes buli melibatkan seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Hiburan

Temui Bintang Korea Yeo Jin Goo, Amir Ahnaf, Mierul Aiman & Aedy Ashraf Di Sunway Pyramid 23 November Ini!

gempak
12/11/2024
02:01 MYT
KC Global Media berkolaborasi dengan Astro menganjurkan One Astro Fan Fest dengan menampilkan bintang terkenal Korea Selatan, Yeo Jin Goo.
Drama

“Cliffhanger Episod 4 Tu Ahhhhh…Apa Akan Terjadi” - Penonton Tak Sabar Nak Tonton Next Episod Projek; Exit

gempak
05/11/2024
11:25 MYT
Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’  yang merangkumi episod 1 hingga 4 telah bersiaran pada 1 November 2024 secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Hiburan

Langkah Menuju Pemulihan: Mengatasi Stigma dan Mencari Bantuan Kesihatan Mental

gempak
16/10/2024
15:55 MYT
Kesihatan mental adalah aspek penting dalam kesejahteraan, namun stigma sering menghalang individu daripada mendapatkan bantuan.
Unitar