HIBURAN
Astro Meriahkan Perlawanan Akhir Piala Malaysia Dengan Persembahan Barisan Artis Ternama
Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia menyemarakkan lagi perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dan juga pasukan Sri Pahang FC dengan membawakan khas kepada para penyokong persembahan nyanyian oleh barisan artis ternama pada pentas perlawanan akhir Piala Malaysia.
Ini adalah tahun kedua pihak Astro membawakan hiburan secara langsung buat peminat bola sepak tempatan dan memberikan kepelbagaian dalam industri hiburan dan juga bola sepak di Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi suasana di stadium, Astro membawakan persembahan-persembahan hebat dengan menampilkan penyanyi ternama sebelum acara bermula dan juga semasa separuh masa.
Persembahan nyanyian ini bakal disaksikan oleh 80 ribu penonton secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga menerusi siaran langsung di Astro Arena dan Astro Arena Bola (saluran 801, 802 dan 803).
Acara pra-persembahan akan dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh Hael Husaini, dan Nadeera Zaini disusuli oleh persembahan pembukaan sebelum sepak mula oleh Dato’ M. Nasir dan persembahan separuh masa oleh Ella.
Astro Arena juga turut membangkitkan lagi kemeriahan kejohanan dengan membawakan kandungan seperti “Pesta Penyokong” khas dari Stadium Nasional Bukit Jalil, membawakan perkembangan terkini secara langsung para penyokong.
Semasa perlawanan pula, Astro Arena 2 akan memaparkan”Player Cam” dimana para peminat boleh melihat pemain pasukan kegemaran mereka.
Nicholas John, Ketua Bahagian Sukan, Astro, berkata, “Kami teruja untuk berkongsi dengan anda semua keterujaan di pentas akhir Piala Malaysia.
"Selain dari membawakan secara langsung aksi-aksi mendebarkan di atas padang, kami juga ingin merancakkan lagi kemeriahan perlawanan dengan menyediakan hiburan terbaik kepada para penyokong.
"Menjadi destinasi tontonan sukan pilihan Malaysia, semestinya kami akan terus memberikan liputan sukan terkini dan hiburan terbaik kepada para penyokong, ini membantu mereka merancakkan suasana sekaligus menaikkan semangat kejohanan untuk kedua pasukan.
"Bola sepak dan juga hiburan tidak boleh dipisahkan, ia akan jadi lebih menyeronokkan apabila keduanya digabungkan dalam satu acara sebagai satu sambutan.”
Selain dari persembahan nyanyian, Astro juga membawakan beberapa aktiviti menarik di perkarangan stadium sebelum perlawanan bermula.
Para penyokong boleh ke booth bergerak Astro dan beramah mesra dengan penyampai radio Sinar, Ray dan juga penyampai radio Gegar, Shah, menyaksikan persembahan nyanyian oleh Dinda Dania, dan juga mendapatkan info terkini mengenai produk-produk terbaru Astro.
Para penonton juga bakal dihiburkan oleh Ray, Shah dan juga Dina Nadzir bermula jam 7.30 petang.
Selaku hab sukan pilihan masyarakat Malaysia, Astro juga membawakan kejohanan sukan tempatan yang lain seperti Sepak Takraw League (STL) setelah berakhirnya kempen Piala Malaysia, dan kejohanan sukan antarabangsa seperti Kejohanan Badminton, saingan perlumbaan Formula One (F1), saingan perlumbaan MotoGP, pertarungan UFC, dan juga 5 perlawanan kempen Kelayakan AFC Asian Cup 2027 di Arena, membawakan perlawanan pasukan Harimau Malaya menantang Vietnam pada 10 Jun 2025 ini.
Juga Astro selaku penyiar rasmi bagi Premier League bakal membawakan kembali siaran musim baharu kesemua perlawanan bermula Ogos 2025.
Langgan Pek Astro One Sports dengan hanya RM99.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sukan dengan hanya RM189.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
Must-Watch Video