,
Laman Utama

Astro Go Shop Raikan Hari Kebangsaan Dengan 'Go Gemilang Sale'

Amri Hassan
09/08/2022
10:50 MYT
Raikan Hari Kebangsaan bersama Go Shop dengan baucar diskaun sehingga RM112 melalui ‘Go Gemilang Sale’ dari 8 Ogos hingga 18 September 2022.
Pelanggan boleh menggunakan kod GEM16, GEM31 dan GEM65 untuk mendapatkan potongan sebanyak RM16, RM31 dan RM65 untuk setiap kod.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tanpa sebarang perbelanjaan minimum bermula 31 Ogos hingga 4 September dan 16 September hingga 18 September.
Pada tahun ini, Go Shop akan berkongsi barangan kegemaran serta produk-produk yang harus dimiliki rakyat Malaysia kepada para pelanggan melalui program TV yang disusun khas untuk mereka. Ini termasuk ‘Kak Joy & The Geng’, ‘Inspirasi Malaysia’, ‘Keluarga Mahabbah’, ‘Go Cuti!’ dan ‘Rencah Go Shop’.
Pelanggan boleh menikmati program-program hiburan bermaklumat berikut di TV, laman sesawang dan aplikasi mudah alih:
Kak Joy & The Geng menampilkan produk makanan dan kesihatan terbaik daripada jenama seperti FG Walet, Munif Hijjaz, Aik Cheong dan Kinohimitsu. | Setiap Isnin jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (Astro CH118)
Inspirasi Malaysia mempamerkan jenama yang terkenal di peringkat tempatan dan global – Primada, Ogawa dan Chriszen. | Setiap Rabu dan Jumaat jam 11 pagi di Go Shop GAAYA (Astro CH120)
Keluarga Mahabbah memperkenalkan produk fesyen Muslimah, pendidikan dan gaya hidup Islam daripada jenama seperti Leanen, Zahraa dan Najjah. | Setiap Jumaat jam 9 pagi di Go Shop GAAYA (Astro CH120)
Go Cuti! mempromosikan pakej pelancongan untuk percutian tempatan di Genting Highlands, Melaka, Port Dickson dan Cameron Highlands. | Setiap Selasa jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (Astro CH118)
Rencah Go Shop menampilkan chef Malaysia, Chef Sabri dan Chef Kamarul yang akan berkongsi hidangan dan resipi terbaik Malaysia, sambil memperkenalkan jenama alat memasak popular seperti La Gourmet, Aurasia dan Shogun. | Setiap Khamis jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (Astro CH118) dari 18 September hingga 6 Oktober
Ketahui tentang lebih banyak tawaran yang menarik melalui Go Shop di Astro - Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), Go Shop BAARU (CH111) dalam Bahasa Malaysia dan CH303 dalam Bahasa Mandarin.
Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.
*Gunakan kod GEM16 untuk mendapatkan potongan RM16 dengan perbelanjaan minimum RM160. Gunakan kod GEM31 untuk mendapatkan potongan RM31 dengan perbelanjaan minimum RM300. Gunakan kod GEM65 untuk mendapatkan potongan RM65 dengan perbelanjaan minimum RM570.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.