,
Laman Utama

“Astaghfirullah hal 'azim” - Ini Respon Datuk Nora Ariffin Apabila Dituduh Sudah 2 Tahun Menikah & Paksa Suami Ceraikan...

Hanafis Haris
05/12/2021
06:59 MYT
“Astaghfirullah hal 'azim,” demikian respon penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila muncul satu kontroversi panas membabitkan perkahwinannya baru-baru ini.
Menurut Nora, kesemua yang dinyatakan itu adalah tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata.
“Astagfirulllahalazim..Semua ini fitnah, tidak benar.
“Ini saja statement dari saya,” katanya ringkas.
Terdahulu, timbul desas desus tidak enak apabila ada seorang individu mendakwa Nora telah menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan suami, Dr Rushdi Ramli yang difahamkan sudah berlarutan hampir dua tahun.
Tidak cukup dengan itu, individu tersebut juga mendakwa Nora pernah memaksa suaminya itu untuk menceraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan pen dan kertas.
“Nora bukan baru kahwin ya. Sudah dua tahun tapi katanya baru ‘dilamar’.
“Dia beritahu kepada umum kononnya baru dilamar apabila wajah suami baharunya itu kantoi dalam satu video percutian Nora ke Langkawi.
“Hebat Nora berjaya menipu satu Malaysia. Boleh tanya Nora sendiri, berani kerana benar,” dakwa pengguna laman sosial tersebut yang dikenali sebagai Salamullah.
Terdahulu Nora mengumumkan telah bernikah dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.
Jelas Nora, dia memohon maaf kerana tidak memberitahu secara terbuka mengenai ikatan tersebut.
BACA: Selepas 4 Tahun, Datuk Nora Ariffin Kembali Bergelar Isteri! Sah Berkahwin Dengan...
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Walau bagaimanapun suaminya meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

gempak
20/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).