,
Laman Utama

“Assalamualaikum Isa” – Stacy & Akim Kongsi Nama Cahaya Mata Baharu, Akui Kehadiran Anak Kedua Bikin Semua Teruja

Shahrin Zulkifle
10/08/2022
07:00 MYT
Pasangan selebriti Stacy dan Akim Ahmad memilih nama Isa buat cahaya mata baharu yang disambut mereka pada 6 Ogos lalu.
Berkongsi perkara itu di Instagram, Stacy meluahkan rasa syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakannya.
“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Isa dan saya serta yang memberikan ucapan” tulisnya pada kapsyen.
Menerusi hantaran sama, Stacy turut mendedahkan sikap suami dan anak-anaknya yang begitu teruja menyambut kehadiran Isa sebagai ahli baharu dalam keluarga itu.
“Cahaya mata Mami (Stacy) sudah tiba dan yang paling teruja dan risau Beyshal (anak kedua).
“Tapi untung sudah besar anak-anak saya, ramailah dapat tolong Mami terutamanya dia orang punya ayah, thank you Daddy (Akim Ahmad).
“Mahu minta tolong ambil lampin pun berlumba semua haha”, tambahnya.
Sementara itu, ruangan komen pelantun lagu Jahat itu dihujani ucapan selamat dan tahniah oleh beberapa rakan artis dan peminatnya.
Terdahulu, berita kelahiran Isa dikongsi Akim menerusi satu hantaran foto yang dimuat naik di Instagram sambil memperlihatkan sebahagian wajah bayi itu.
Untuk info, Akim dan Stacy sah menjadi suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang mesra dengan panggilan Beyya yang kini sudah memasuki usia sembilan tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Ambulans Gara-Gara Ditolak 4 Hospital

gempak
26/08/2024
00:25 MYT
Seorang wanita hamil, baru-baru ini, yang melahirkan anak di dalam ambulans selepas kemasukannya ditolak oleh empat hospital.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.
the-hardest-singing-show

THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

gempak
16/07/2024
02:55 MYT
Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show pada musim pertama, Stacy meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat merebut gelaran juara.
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
the-hardest-singing-show

THSS: Bawa Elemen Kadazan Dusun, Stacy Raih Markah Tertinggi 87.84 Peratus! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

gempak
24/06/2024
03:55 MYT
Penyanyi, Stacy telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ketujuh dalam pertandingan The Hardest Singing Show.